Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Permohonan BR1M 2014 Atas Talian

    Wabak BR1M menyerang lagi. Walaupun gula-gula kenaikan daripada RM500 kepada RM1000 cuma tinggal capati, bersyukurlah sebab, rezeki kita terhenti di angka tersebut. Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 dibuka mulai hari ini sehingga 31 Januari depan. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar buat kali kedua, namun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

    Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma.Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

    Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dan jumlah bantuan pula ialah seperti berikut:
    1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah: RM650
    2. Indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan: RM300.
    3. Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara: RM650.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai hari ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

    Nota: Semangat-semangat nak isi, laman LHDN pula bermasalah. Rezeki lain kalilah tu. :)

    1 ulasan:

    1. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728