Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Slip Rebat Telefon Pintar Hilang Atau Belum Cetak?

    Bosan tadi pusing-pusing kedai gajet. Bila dah pusing tu keluar bintang lah pula mata ni bila terpandang benda putih si Samsung Galaxy S III Mini ni. Comel, tahu tak? Dah bila tengok tu rasa berkenan di hati. Angkat Samsung Galaxy S III Mini belum lagi, cuma tengah angkat-angkat kening baru ni... Esok boleh intai-intai kedai tu lagi dan malam ni boleh tidur sambil senyum. 

    Kalau masih ada yang belum tebus rebat telefon pintar yang bernilai RM 200 tu, bolehlah tebus segera. Kalau tak nak beli telefon pintar pun, tebus tunai sahaja. Ada tak macam ni? Pusing-pusinglah.. Hilang slip rebat atau belum cetak? Ini jalannya.

    Tebus Slip Rebat Telefon Pintar 2013:
    https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/Success?ic=************
    Gantikan ************ dengan 12 nombor kad pengenalan anda.

    P/s: Internet dah macam siput sedut cedera ni memang buat perasaan blogging merudum.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728