Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2013

    Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

    Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
    Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
    Mod Kursus : Sepenuh Masa

    STRUKTUR PROGRAM
    Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
    Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester


    SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
    • Warganegara Malaysia.
    • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993. 
    • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
    • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
    • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. 
    • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

    CARA MEMOHON
    • Tidak perlu lagi membeli nombor pin di BSN seperti tahun-tahun sebelum ini.
    Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan: http://apps.moe.gov.my/kplspm2013 mulai 22 Mac 2013. 
    Pemohon dinasihatkan memuat turun e-Panduan: http://www.moe.gov.my/artikelkplspm.pdf bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan ataupun boleh juga berkunjung ke pautan http://apps.moe.gov.my/smg/kplspm2013.cfm
    • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
    • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar  sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 31 MAC 2013 (11.59 MALAM).  Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
    • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

    Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 6hb Mei 2013 (Isnin).


    P/s: Selamat mengisi kurang lebih 1200 tempat guru pelatih baharu di IPG. Selamat datang ke dunia pendidikan.

    29 ulasan:

    1. course yg bagus ni. mesti ramai yg berebut nak mohon kan

      BalasPadam
    2. sob3.. umur saya tak lepas dah.hehehe

      BalasPadam
    3. @nik ros Tapi sayang, ruang KPM sangat terhad. :(

      BalasPadam
    4. Tak jumpa un borang permohonan ?

      BalasPadam
    5. Tak jumpa un borang permohonan ?

      BalasPadam
    6. tahun ni lebih terperinci cara kemasukan ke IPG

      BalasPadam
    7. @ollie yoyie Boleh ke laman http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm.. :)

      BalasPadam
    8. salam akak.lama xblogwaliking ke sini.blog nie pun dah bertukar wajah.hehehe. akak da dpt interview ke?interim?penilaian khas?posting? apelah naseb kami kami junior ini nanti.hehehe

      BalasPadam
    9. Assalam,nk tanya,ada tak utk second intake ?

      BalasPadam
    10. @snf Salam dear.. Dapat PK, huhu posting belum lagi. aduhai, terpaksa menunggu :)

      BalasPadam
    11. @NiK iMaN :] Waalaikumussalam. Kebiasaannya panggilan kedua, KPM akan pilih dalam kalangan yang telah ditemuduga nanti..

      BalasPadam
    12. sy calon spm tahun 2010.dan lahir pd bulan april. tapi terlepas tarikh permohonan ni. adakah cara lain nak mohon?

      BalasPadam
    13. @farHaNa razaLi Setakat ini tiada lagi alternatif lain untuk calon yang melepasi had umur..

      BalasPadam
    14. hello cikgu..macam mana nak semak status permohonan..
      thanks... :D

      BalasPadam
    15. cikgu macam mana nak cek status permohonan.. :D

      BalasPadam
    16. @Vievick Richi Tunggu pengumuman di web KPM tapi buat masa ni, web kpm ada sedikt masalah.. Harap sabar :)

      BalasPadam
    17. @Vievick Richi Nanti KPM akan berikan pautan pada 6hb Mei 2013 (Isnin) nanti :)

      BalasPadam
    18. @Gadis Coklat Official KPM menangguhkan semakan sehingga 6hb Mei 2013 (Isnin) nanti..

      BalasPadam
    19. salam kalau umo sayr 22 saye ade diploma tapi nak sambung degree di maktab tk boleh ke??

      BalasPadam
    20. @fatimah yasin Program ISMP yang dikelolakan oleh IPG hanya untuk individu berumur bawah 20 tahun.. Tiada program di IPG untuk graduan lepasan diploma..

      BalasPadam
    21. salam, saya nak tanya lah kalau ada yg tahu.

      saya baru amik master pendidikan pengajaran bahasa melayu sbg bhasa utama. sekarang ni, kalau sy nak apply sbg guru di sekolah kerajaan, saya perlu ada sekurang2nya sijil perguruan.

      jd kalau tgk kelayakan spt di atas, mcm tak boleh pergi. saya dah usia 29 tahun. Jd agaknya mcmana sy nak dapatkan sijil perguruan ya?

      BalasPadam
    22. Salam..saya skrg sdg mgambil diploma psikologi tetapi bagaimana jika saya mahu meneruskan dalam bidang perguruan?

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728