Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Penilaian Khas oleh Pihak SPP untuk Guru / PPPS DG41

    Tahun 2013 membawa sedikit pembaharuan dalam sistem pelantikan tetap jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan pelajaran (SPP). Sesi Penilaian Khas diadakan untuk calon-calon yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah diyatakan pada sebelum ini. Bagaimana proses Penilaian Khas ini diadakan? Berikut merupakan perkongsian daripada rakan-rakan dalam kumpulan PISMP Ambilan Januari 2009 berdasarkan pengalaman mereka.

    1. Calon akan diagihkan kepada beberapa kumpulan dengan kapasiti sepuluh orang calon bagi setiap kumpulan.
    2. Sesi pendaftaran akan diadakan dan akan ada seorang urus setia bagi setiap kumpulan akan menyemak semua dokumen yang telah dinyatakan dalam senarai semak. Dokumen mesti lengkap dengan dokumen asal dan salinan yang telah disahkan.
    3. Selesai pendaftaran, satu sesi taklimat oleh pihak SPP akan diadakan. Inti pati taklimat bergantung kepada pihak SPP, namun kebiasaannya berkisarkan "Fungsi dan Peranan SPP."
    4. Perbincangan dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan satu tajuk yang sama dan hasil perbincangan perlu dicatatkan di atas kertas yang telah disediakan.
    5. Jika ada masa yang terluang, akan diwujudkan slot santai seperti membuat persembahan ringkas.
    6. Jamuan ringan.
    7. Sesi soal jawab antara calon dan pihak SPP.
    8. Penyerahan surat lantikan.
    9. Bersurai.

    Kredit Gambar: Eng Fyqa

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728