Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Kau Tak Tahu Betapa Aku Manis Bila Bersama Dia?

    Malam tadi mata berpinar-pinar tunggu jam 12, buat julung-julung kali aku rasa nak jadi orang pertama yang ucap selamat ulang tahun buat seseorang; teman yang selalu menemani. Tapi kurang beberapa minit nak ke jam 12, aku dah tewas di pekan lena.

    Pagi tadi bila celik mata memang dia yang ada dalam kepala, sebab nak ajak teman ke pasar, beli barang kenduri kendara. Dalam otak, 'happy birthday to you' tu dah hilang entah ke mana. Lupa, aku memang pelupa, dan itu memang mengecewakan. Bila jumpa, dia mula sibuk layan BBM macam lupa aku ada sebelah dia, aku mula tak selesa, macam ada sesuatu yang tak kena.

    Walaupun rasa macam pandu kereta keseorangan, aku tetap bersahaja, sampailah dia cakap 'minta maaf, hari ni bertubi-tubi kawan-kawan sapa' sambil senyum-senyum. Ah, masa tu baru aku ingat, hari ni ulang tahun kelahiran dia! Marah pada diri sampai aku rasa nak hempuk kepala di stereng kereta.

    Dia teman yang boleh buat aku ajak ke mana-mana, lenyap dari rumah dari pagi hingga senja, perang mulut dalam ketawa, gaduh-gaduh seminit dua dan gurau biawak dalam manja-manja.

    Nak ucap selamat pun macam dah tak berapa nak istimewa. Dah mula segan-segan tak tahu kenapa. Jadi aku merepek sini sahaja, ucap SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, sayang. Moga kehidupan dia sentiasa dipayungi keberkatan, tenang, bahagia dan aman di sisi keluarga tercinta. Moga dijodohkan dengan pasangan yang baik-baik. Moga kelapangan hati menjadi peneman setiap ketika... Amin.

    P/s: Tulisan yang tak sengaja panjang. Maaf.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728