Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Tarikh Luput Perkhidmatan Sim 'Broadband' SKMM Celcom


    Semalam, bila dah tamat tempoh langganan bulanan SKMM dengan harga RM25 untuk satu bulan, saya terus tambah nilai dengan niat nak teruskan langganan untuk bulan yang seterusnya. Bila dah masukkan kod langganan dan hantar ke 28882 seperti biasa, ini yang saya terima:

    Sorry, this plan is no longer available for subscription. To subscribe to other plan, type Broadband & send to 28882.

    Sebab nak dapatkan kepastian, terus saya hubungi talian pelanggan Celcom. Hasil borak panjang tentang pakej SKMM ni, kata pegawai pelanggan tu, perhidmatan SKMM hanya sah untuk 1 tahun penggunaan sahaja. Selepas tempoh setahun, pelanggan tetap boleh melanggan tapi dengan kadar biasa (RM50 untuk satu bulan, 1.5Gb penggunaan).

    P/s: Pegawai tu juga mencadangkan saya supaya menggunakan pakej Broadband 1 Malaysia Mampu Milik. Alahai bang, duit lagi? :)

    18 ulasan:

    1. bila dah kerja langganlah pakej kakitangan kerajaan rm50 je sebulan..dpt 5GB lagi...all the best!

      BalasPadam
    2. ohh gitu erk.. leeza broadband celcom 3 bulan bayar tak guna. nak cancel, rasa sayang plak nak amek balik.

      BalasPadam
    3. @JUK DIN Menunggu masa untuk jadi pekerja :D

      BalasPadam
    4. rasa cam nak terminate la broadband ni.
      nak guna wifi pulak.
      bukan wifi jiran ye..hahaha
      baru best download movie.

      BalasPadam
    5. adui..selalu ja diorang naik kan..apa kan daya kena juga lah ya

      BalasPadam
    6. @Etuza Ezawarna Kena buka syarikat telekom sendiri ni kan, hehe..

      BalasPadam
    7. kite pakai tm huhu dah serik dulu sbagai perantau pakei brodband

      BalasPadam
    8. tak pernah guna ini. Ejejeje. =)

      BalasPadam
    9. Wilma guna streamyx...
      Save cost...Satu keluarga boleh guna ^_^ Hehehe...

      BalasPadam
    10. laa....dah mansuh kan dah yang itu? haah, rietta ada dengar juga yang 1 Malaysia tu...lebih kurang macam yang SKMM nie jugak dengar dengarnya...

      BalasPadam
    11. Yang pelik dan unik nya pasal CELCOM SKMM ni, bila bandwith dah exceed 5GB, kebanyakan website akan jadi slow.

      Tapi Youtube tak pulak... PELIK

      BalasPadam
    12. untuk broadband skmm ini selepas satu tahun langganannya menjadi rm30 sebulan selama-lamanya ( rahsia dan banyak orang tak tahu lagi ) top up rm30.Masuk massage dan taip : broadband m30 . hantar ke 28882. kemudian ikut arahan setarusnya. itu saja .kalau slow beli saja volume. contoh 1GB=RM15. itu saja. saya ada jual broadband skmm ini. Tak pernah ada apa-apa masalah pun. HP saya : 0195678415/0105050881. Blog : https://zdbiz.blogspot.com

      BalasPadam
    13. yana pengguna celcom skmm jgk ,, bila dh topup & send mecej mcm biasa

      diorang reply
      Sorry, this plan is no longer available for subscription. To subscribe to other plan, type Broadband & send to 28882

      maknanya bulan seterusnya yana perlu topup rm50 ke ? nnti tolong feedback kt shoutbox blog yana eh

      http://cyanxkamo.blogspot.com

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728