Tentang Masa | Untung dan Rugi

Hakikat berkejaran setiap pagi untuk ke sekolah. Jarak yang dekat namun terasa jauh dengan terpacaknya beberapa lampu isyarat dan terbentuknya beberapa zon kesesakan. Langit berubah warna dalam perjalanan. Bermula daripada brek berpandukan lampu isyarat hinggalah brek berpandukan abang polis trafik.

Saat bertolak jam 6.40 pagi, saya mampu sampai di sekolah sebelum jam 6.50 pagi. 
Saat bertolak jam 7.00 pagi, paling awal boleh sampai jam 7.35 pagi. 

Dunia sarat dengan hal untung dan rugi. Begitu juga dengan masa.

Dan saya memilih untuk bertolak jam 7.00 pagi. Sediakan sarapan dan memilih untuk sarapan di dalam kereta. Gastrik dah buat saya mula rasa sulit. Bersarapan di sekolah? Rasa macam tidak sempat. Makan dengan gelojoh boleh buat kita semput. Jadi jom nikmati sarapan pagi di dalam kereta.

P/s: Baru Kota Bharu. Lepas ni kalau dapat posting di kawasan terlajak bandar Kuala Lumpur, tak tahulah.