Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Permohonan Rebat Telefon Pintar 2013 | RM200

    Dalam pembentangan Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita pada 28 September lalu, Rebat Telefon Pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia akan diberikan kepada golongan belia berumur antara 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 3000. Maknanya tuan blog ni pun layak. Bagi mereka yang layak, bolehlah buat permohonan bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 dengan mengisi borang pra-pendaftaran di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/ atau Pusat Internet 1Malaysia dan wakil yang terlibat.

    Antara butiran tentang Pakej Komunikasi Belia:
    • Hanya boleh digunakan untuk membeli model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500 di premis yang terpilih.
    • Perlu menjadi pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
    • Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.
    • Peruntukan kerajaan ialah RM 300 Juta (untuk 1.5 juta orang belia). Siapa cepat, dia dapat.
    • Nak daftar? Klik sini: http://nbi.skmm.gov.my/
    P/s: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728