Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Laman Pertukaran Guru | Suka Sama Suka

    Pertukaran, Guru, Suka, Sama, Online, 2013
    Laman Pertukaran Guru merupakan laman sesawang yang dibina khas untuk guru-guru di Malaysia yang ingin bertukar tempat sekolah mengajar semasa. Pertukaran akan dipadankan dengan mudah antara satu sama lain (sesama guru yang berdaftar dengan laman tersebut) mengikutk ehendak yang dinyatakan. 

    Apabila kita telah jumpa rakan bertukar yang sepadan, segeralah berhubung antara satu sama lain dan sama-sama ke Bahagian Pertukaran Guru Kementerian pelajaran Malaysia dan pastikan anda dan pasangan yang ingin bertukar telah mendaftar di e-GTukar. Laman PertukaranGuru.com hanya memadankan guru-guru yang ingin bertukar suka sama suka, selebihnya kita perlu uruskan sendiri.

    Secara ringkasnya, PertukaranGuru.com merupakan laman yang mengumpulkan senarai guru-guru berdaftar dengan laman tersebut yang ingin bertukar tempat mengajar semasa mereka. Secara konvensional, agak sukar untuk mencari pasangan guru yang mempunyai kehendak tempat yang sepadan, namun laman PertukaranGuru.com memudahkan pencarian tersebut.

    P/s: Tapi rasanya sekarang tukar suka sama suka pun orang tak layan. Saat kita memudahkan urusan orang, ingatlah, Allah akan memudahkan urusan kita.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728