Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Kau Tinggalkan Aku Untuk Dia

    Mereka kata kau tinggalkan aku untuk dia. Memang ternyata kerna hingga hari ini kau tetap di sisi dia. Khabarnya bersama dia hidup kau lebih selesa dan bahagia, dia mampu kurnia apa sahaja yang engkau minta. Ya, dia punya nama dan harta, pasti tewas aku si kerdil yang kedana. 

    Kau Tinggalkan Aku, Kecewa, Masa lalu, Cinta
    Mereka kata aku bodoh selalu mudah diperdaya. Kata mereka mungkin berbisa, tapi tak mengapa aku sudah terbiasa. Dikhianati percaya itu aku sering sahaja. Aku terduduk memangku asa, mengumpul lima aksara yang selalu buat aku selesa, kau dan aku; CINTA. 

    Mata aku terlalu tenat dan buta, hingga aku tak bisa lihat sesiapa. Mungin kerna di hatiku ada kamu cuma. Hingga tiba pengganti yang ke lima, hati aku tetap sama, padamu juga. Dalam memikirkan setia yang lama, aku telah banyak menggores luka; di hati mereka yang tidak punya dosa untuk sakiti aku dengan sengaja. Tiba saat kau ditinggal dia, saat ini juga aku aku fikir kita tak harus bersama. Aku mulai akur jalan kita tidak lagi di lorong yang sama.

    P/s: Reda itu bahagia.

    16 ulasan:

    1. masa akan membantu awk melupakan atau sekurang-kurang melepaskan perasaan lama itu.

      BalasPadam
    2. reda itu bahagia
      bahagia itu indah dan pasti akan menjelma satu hari nanti :)

      BalasPadam
    3. Singgah. Lama dah tak singgah di blog kawan2. Mungkin musim sudah berubah. Walaupun berubah, ia tetap dalam ingatan. :)

      BalasPadam
    4. Gagal sekali tak bererti gagal selamanya...jadikan pengajaran teruskan perjalanan...kerna kebahagian yang lebih elok menanti

      BalasPadam
    5. reda itu bahagia,
      pasrah itu indah. :)

      BalasPadam
    6. eh mcm lebih kurang je entry kita. hee

      kalau dia lbh bahagia dgn org lain lepaskn dia even kita sakit. sy tahu mcm mane sakitnya tu. tp tgk dia happy pn sy blh happy.

      BalasPadam
    7. Sabar & Redha tu lebih bahagia..

      BalasPadam
    8. sedih.tak pe. dah tak ada jodoh kan
      moga sabar dan tabah

      BalasPadam
    9. erm reda itu bahagia, pasrah itu menyerah? ehh

      BalasPadam
    10. redha itu perlu .. dan kita kena hadapi

      BalasPadam
    11. kadang-kadang aku rasa lepaskan dan reda sahaja dengan ketentuan Tuhan itu adalah yg terbaik..

      BalasPadam
    12. kadang kadang dengan melihat orang yang kita sayang itu bahagia turut membuat kita bahagia :)

      BalasPadam
    13. yap..reda lah dengan apa yang kita lalui hari ini..pasti ada bhagia nanti..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728