Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Chim Chum di Rostoren D' Mina | Kelantan

    Nak cari Chim Chum di Kelantan punya hal, ligatlah berpusing-pusing di Pengkalan Chepa. Sambil-sambil memeriahkan program Hari Mesra Pelanggan SPP tu, singgah di Restoren D' Mina Seri Pekeliling. Kalau nak cari Seoul Garden, memang tak jumpalah di Kelantan setakat ni.

    Masa tengah taip ni, nak gelak pun ada, sebab excited sangat nak makan, memang lupa nak ambik gambar. Masa kenyang dah nak balik tu baru teringat kamera. Jadi tak dapatlah nak sajikan gambar-gambar makanannya. Chim Chum? Sama macam steamboat cuma bezanya chim chum ni ada grill di tengah-tengah sup tu. Menu yang disediakan tu macam biasalah, sayur, udang, sotong, cendawan, ayam, daging, dan macam-macam bahan proses. Yang paling saya suka, ayam black paper.


    Selain menu yang boleh kita main masak-masak tu, ada juga disediakan makanan berat macam nasi, aiskrim, buah-buahan, colek, cendol dan bermacam-macam lagi pencuci mulut. Sampai tahap perut dah penuh. Kalau jenis suka makan dan banyak makan, memang sesuailah datang sini. Makan seberapa banyak yang kita nak dengan harga yang tetap, RM 18.90 termasuklah harga air. Duk sembang-sembang lebih dua jam, kemudian balik dengan perut yang kenyang dan hati yang senang.

    P/s: Banyak sesi lepak bila memang tak ada kerja ni. Eh?

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728