Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Burger King Pertama di Kelantan | @KB Mall

    Dua tiga hari kebelakangan ni kecoh juga tentang pembukaan outlet Burger King pertama di Kelantan dalam bangunan KB Mall tingkat satu di bahagian pintu belakang. Lagi kecoh bila Burger King ada guna huruf jawi. Tak ada apa nak dihairankan sebab setiap papan tanda premis perniagaan di Kelantan memang kena ada tulisan jawi.

    Ejaan salah? Jangan nak pening-pening, memang itu bukan ejaan Melayu tapi ejaan Pak Arab (Burjer Kanj) macam digunakan di premis Burger King, Arab Saudi sana. Kenapa? Sebab sistem ejaan  bahasa Arab sememangnya tidak wujud sebutan yang mewakili huruf 'G'.

    Dalam keterujaan kehadiran Burger King dan sajian promosinya di Kelantan ni, harap-harap warga kita tak lupa dan tetap istiqamah dengan laungan boikot peluru Yahudi laknatullah sebelum ini. Selain daripada KFC, Mc Donalds dan Pizza Hut, Burger King juga merupakan salah sebuah syarikat yang menggerakkan keganasan Yahudi. Tentang status kehalalannya pula saya kurang pasti.

    P/s: Kita yang memilih sama ada kita berada dalam golongan terpilih ataupun tidak.
    Kredit Gambar: I ♥ KELANTAN dan Aayjay.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728