Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Temu Duga SPP Bagi Bakal Guru IPG Malaysia 2013

    Semalam sepatutnya jadi hari yang paling gembira sebab saya insya-Allah tak akan hadap mana-mana kertas peperiksaan lagi di peringkat Ijazah ni. Tapi tiba-tiba rasa tak berapa nak gembiralah bila pihak HEP maklumkan bahawa surat pengesahan tarikh temuduga iaitu pada 26, 27,28 & 29 November 2012 tu terbatal. Rasa macam gelap. Apa-apa hal nanti akan dimaklumkan semula dan kami perlu buat permohonan untuk ditemu duga dan mohon melalui http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces. Kena berdaftar di situ.

    Khabarnya selagi tidak ditemu duga, kami tidak akan ditempatkan di mana-mana sekolah. Dan tarikh temu duganya entah bila, isi kekosongan katanya. Kami juga disarankan cari kerja lain terlebih dahulu. Macam menarik sangat penghujung pengajian kali ini. Tak tahu nak cakap apa, cuma sentiasa harap yang terbaik untuk semua. Doa.

    P/s: Jom pergi Kursus Pergigian. Ouch!

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728