Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    'Template' Blog yang Comel, Kacak, dan Cantik

    blog cik gadis, blog pink, blog cantik, ieyda achieda, blog perempuan, template ladies
    Bermain dengan kod-kod HTML ni selalunya akan jadi hiburan pada masa lapang saya. Seronok bila kod yang kita susun tu menghasilkan paparan dan aplikasi seperti yang kita harapkan. Tapi kalau asyik-asyik broken, memang rambut boleh terpacak dan jiwa boleh remuk. Perihal template ni, memang saya suka jenguk:
    1. Btemplates;
    2. Blogskins;
    3. Ipietoon;
    4. Eblogtemplates;
    5. Dhetemplate;
    6. IDBlogtemplates.
    Kebiasaannya kalau untuk template yang nak kelihatan profesional, orang akan terjah Btemplates, tapi kalau gadis-gadis comel, adik-adik sekolah akan cenderung untuk teroka Blogskins. Tak perlu bimbang tengtang warna dan susunan. Warna kita boleh ubah, susunan pun kita boleh susun semula. Dengan syarat kena rajin tilik kod HTML. 

    blog cik gadis, blog hijau,ieyda achieda, blog cantik, blog perempuan, template ladies
    Ni template blog Cik Gadis yang saya tukar kepada warna hijau. Mengamuk sakan dia tengok. Bukan apa, cuma nak bagitahu, warna bukan menjadi satu masalah. Kadang-kadang kita suka dengan sesuatu design, tapi rasa tak ngam dengan warna, kan? jangan risau, boleh ubah. Boleh.

    P/s: Kalau ada nak kongsikan pautan blog atau website template yang menarik, tinggalkan komen.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728