Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Dia dan Kecewa Milik Dia

    Makin dia jalani hidup, makin dia mengenali. Dia mula kenal erti badai dan benteng; badai yang hampir memusnahkan dia dan benteng yang hampir dia musnahkan. Dia terlalu sibuk dengan sesuatu yang sia-sia sehingga jiwa dia suramkan nilainya. Memang dia pendosa dan dia telah banyak melaku murka. Bukan dia agungkan kalimat "manusia biasa yang tak terlepas daripada dosa" yang selalu buat manusia selesa, bukan.

    Dia cuba menghimpun segala rasa meski ada sisa yang buat dia seksa. Dia simpan dalam kotak masa dengan balutan yang sempurna. Dia cuba lari daripada semua dan kembali mencari arah bergantung setia. Dia lagi sibuk membaiki jiwa yang sering menjadi bahan perkosa. Moga dia sedar tentang apa yang dia ada, tanpa dia yakin bahawa esok masih ada meski hanya dengan sekelumit penantian. Kejar sesuatu yang sia-sia akan selalu buat kita kecewa. Mengorak langkah menuju Tuhan.

    P/s: Dia tidak akan pernah sesal dengan apa yang dia tinggalkan.

    3 ulasan:

    1. selagi mase itu belum ke penghujung. peluang kembali ke jalan Tuhan itu sentiase terbuka :)

      BalasPadam
    2. memacu langkah ke hdapan bukan selebungi sejarah silam hee ;D
      lama tak snggah sni..

      BalasPadam
    3. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
      Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
      ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728