Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Cara 'Ku' Dieja: Dieja Dekat Atau Jauh?

    Afzan, IPGKTAA, IPTAA, Jambatan Gantung, Kafetaria, Asrama, Kolej kediaman, IPG
    Dalam penulisan ilmiah, sememangnya peraturan bahasa sangat perlu dijaga. Semasa membuat pelaporan kajian tindakan tempoh hari, saya ada menggunakan perkataan 'ku' yang merupakan kata singkatan daripada perkataan 'aku'. Memang bila masuk bab kekeliruan atau kejahilan berbahasa ni, saya akan merujuk kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya tentang sesuatu bidang bahasa yang berkenaan. 

    ...Dalam menelusuri jalan yang masih jauh, restu kalian sentiasa kudambakan...

    Ayat di atas merupakan petikan teks di ruangan 'dedikasi' dalam pelaporan kajian saya. Pada mulanya saya keliru, "adakah perkataan 'ku' dan 'dambakan' itu dieja rapat ataupun dijarakkan?" Saya segera bertanya kepada En. Jalalludin Ibrahim. Menurut beliau, "perkataan 'ku' dan 'dambakan' perlu dieja rapat, iaitu 'kudambakan' tapi dengan syarat perkataan tersebut perlu berada di pertengahan ayat. Jika di permulaan ayat, gunakan frasa 'aku dambakan' untuk tujuan gramatiskan ayat.

    P/s: Belajar dan terus belajar.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728