Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Tempurung Yang Besar dengan Katak yang Bersorak

    Bukan kisah seekor katak yang berada di bawah tempurung, tapi cerita himpunan katak yang suka berada di bawah tempurung. Tempurung yang besar sedikit, bukan tempurung untuk seekor katak. Bukan mereka tak ada asa untuk membina kemajuan tetapi mereka bahagia hidup dengan dunia sendiri.

    Dunia luar yang luas tak dihirau. Terlalu asyik dengan cerita di bawah tempurungnya. Apa jua yang berlaku ingin diketahui sedang semuanya tidak langsung tiada kaitan dengannya. Lebih aneh bila mengetahui sesuatu berita, segera pula dijaja bertebaran di setiap lekuk tempurung. Kalau itu boleh menyelesai kusut dan membina sesuatu yang mulia, tidaklah kita persoal tapi jika itu hanya mengundang parah? Tak ada kemajuan pun. Aneh.

    Hidup kadang-kadang aneh. Memang. Seusai sore tiba hingga mentari menjelma, beribu soal tiba dan hanya tinggal papan tanda, bila sememangnya kita hanya dijawab dengan perasaan aneh. Tentang hal ehwal kawan. Kawan ada macam-macam bulu. Tapi bila bab ada orang nak berkawan dengan kita semata-mata sebab nak korek cerita atau rahsia, memang susah nak fikir. Cuma ada satu soal, apa dia terhibur dengan apa yang dilakukannya? Mohon berhenti aneh, manusia sememangnya banyak ragam dan semua ragam tu tak semuanya kita boleh hadam.

    P/s: Kawan, aku nak jadi kawan kau sebab dalam jiwa aku ada rasa kasih.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728