Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Program Kursus I-Think Untuk Bakal Guru IPGKTAA

    PENGENALAN
    Program i-THINK merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan (Needs Analysis) menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking Skills) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dipertangungjawabkan memacu inovasi negara dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dimulakan pada Mac 2012 dengan 10 buah sekolah sebagai sekolah rintis. Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-THINK kepada Pasukan Pemandu Sekolah & Guru. 

    MATLAMAT
    Program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Berikut antara objektif pelaksanaan: 
    1. Mendedahkan konsep i-THINK kepada guru pelatih; khususnya guru pelatih semester lapan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). 
    2. Dapat menggunakan Alat Berfikir (Thinking Tool), dalam pengajaran dan pembelajaran. Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. 
    3. Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator. 

    SASARAN
    Semua guru pelatih PISMP semester 8 (191 orang) yang akan menamatkan pengajian pada akhir November 2012. 

    P/s: Bila masuk bahagian 'sasaran' itu maka saya perlu sediakan mental dan fizikal.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728