Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Logo Baharu Institut Pendidikan Guru (IPG) 2012

    Minggu lepas bertungkus lumus bersama-sama rakan seunit untuk menerbitkan buku Prosiding Kajian Tindakan selepas selesai Seminar Pembentangan Kajian Tindakan. Untuk mendapatkan kod ISSBN dan pengiktirafan daripada Perpustakaan Negara, pemohon perlu hantar borang permohonan dan salinan muka depan buku yang ingin diterbitkan. Tugas saya ialah menyediakan ilustrasi muka depan buku. Semasa nak hantar kepada Timbalan Pengarah untuk tujuan pengesahan dan kelulusan tu pegawai grafik tegur tentang penggunaan logo. Logo yang saya gunakan itu dikatanya logo lama

    Beza Antara Logo Lama dan Logo Baharu
    Tidaklah jauh bezanya. Tetap juga guna bentuk 'G', cuma globe di tengah-tengah huruf 'G' yang memaparkan peta Malaysia tu ditukarkan kepada peta yang lebih meluas. 

    Malu sendiri bila terlepas pandang tentang hal ini. Tapi biasanya belajar daripada kesilapan tu lebih mendalam kesannya. Insyaallah kemudian hari saya akan lebih peka. Mujur pegawai tu tegur seawal proses memohon. Jika tidak, memang tampak nyata kecacatan kerja dan tandus cakna.

    Logo Rasmi IPG, Logo IPG, Logo baru ipg, logo baharu ipg
    Logo Baharu IPG

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728