Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Blog Ceyana Hina Golongan Guru/Cikgu?

    Mungkin saya sedang hidup dalam komuniti bakal-bakal guru, guru-guru dan mantan-mantan guru, saya agak tersentuh dengan entry di blog Ceyana. Kebelakangan ni penuh wall di Facebook berkongsi rasa tidak senang. Tapi saya malas nak komen bagai. Ini bukan kali pertama hati saya terluka dengan kata-kata yang dilemparkan kepada kerjaya guru. Diam-diam dan tengok sahaja apa yang berlaku. Mungkin ada salah atau silap di mana-mana. Memang blogger akan dipertanggungjawab untuk apa yang ditulis jadi banyak masa kita perlu waspada. 

    Mungkin Ceyana kurang informasi tentang hakikat kehidupan seorang guru sebenarnya. Kalau manusia macam komputer, memang senang nak asuh. Tekan kekunci 'A' di papan kekunci, keluar huruf 'A' di paparan. Tapi hakikatnya bila berurusan dengan manusia lebih-lebih lagi himpunan kanak-kanak yang baru nak kenal kehidupan, memang agak sukar. Kita suruh dia menulis, entah apa yang dia akan bagi respon, mungkin kacau kawan-kawan sebelah.  Tak perlu nak bayang sekolah, tengok adik-adik kita di rumah pun dah cukup, kita boleh fikir sendiri kan?

    Mana-mana profesion pun mulia kalau kita berkhidmat dengan sebaiknya. Hidup yang saling melengkapi; dan biarlah sama-sama kita memahami tugas masing-masing. Cikgu susah nak sembuh bila sakit kalau doktor tak bantu, cikgu tak merasa naik bangunan tinggi kalu arkitek dan jurutera tak ada. Cikgu juga tak tadi cikgu kalau tak ada cikgu yang mengajar dia sebelumnya, kan? Hiduplah dalam aman dan harmoni tanpa syak. Rasanya tak perlu dipanjang-panjangkan lagi sebab Ceyana pun dah minta maaf atas keterlanjuran itu jadi sempena Syawal yang masih bersisa, sama-samalah kita memaafkannya.

    P/s : Doakan saya jadi guru yang cemerlang berbakti untuk anak bangsa.

    26 ulasan:

    1. Semoga anak akan jadi guru yg berdedikasi demianak bangsa..

      BalasPadam
    2. hmmm...... leeza ada baca juga pasal blog tu. haizzzzz

      BalasPadam
    3. Bg pndapat peribadi rietta.....kerjaya guru adalah kerjaya mulia....

      Tapi dah pown selesaikan isu itu kerana dah ada permohonan maaf kan.....

      BalasPadam
    4. saya suka profesion keguruan cuma belum ada rezki nak jadi guru.. tp masih di bwh bidang pendidikan huhu...

      ehh tak patut la nak menghina kerjaya guru sebab tanpa guru takkan ada org yg berjaya dalam dunia nie.

      BalasPadam
    5. alaaa jgn sedih2 ye larling...
      lumrah kehidupan tu....
      cheers dear!

      BalasPadam
    6. mula2 pun saya agak terisnggung dan terasa dengan komen2 yang dilemparkan.. tapi pa leh buat,... itu semua pandangan daripada org luar kepada kita warga pendidik..

      asalkan yang penting kita ikhlas utk mendidik anak2 bangsa,,..

      BalasPadam
    7. @HeNRieTTa JoSe
      Yes, harapnya semua dah berakhir~

      @Leeza dayasari [santai leeza]
      pedih.. harap tak ada lagi yang buat
      gimik guna mana-mana profesion lagi..

      @whitecappuccino
      Ameen.. Thanks sis (:

      BalasPadam
    8. @Gen2Merah
      Tak hidup dek puji, tak mati dek keji ~

      @My Little Diary
      okay sayang (:

      @misz_eyza
      I pray for u sis..
      Rezeki akan tiba, caranya entah bagaimana (:

      BalasPadam
    9. bkn tersentuh lg

      tersentap

      xpela

      hak die

      tp salah die sbb main hentam je

      bukan semua guru cmtu

      BalasPadam
    10. saya doakan awak akan jadi yang terbaik.. amin..

      p/s : bab ceyana tu, biarlah dia belajar daripada kesilapan dia.. semoga hati dia terbuka untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama..

      BalasPadam
    11. tu la, nak tulis sesuatu kena fikir dulu kesannya..kan tak pasal-pasal orang dah marah..pastu blog kena remove..pendapat peribadi tu takde masalah as long as ianya tak menyinggung perasaan mana-mana pihak..follow blog awak :)

      BalasPadam
    12. @boni kacak
      Ameen.. thanks awak (:

      @Iffah Afeefah
      Harap tak ada lagi kes-kes macam ni lepas ni~

      BalasPadam
    13. @Atiqah Wadiah
      susu 1 malaysia eh? hehe..

      @Nick Nashram
      follow blog awk juga ^^

      BalasPadam
    14. Best friend saya tengah belajar perguruan dekat Terengganu dan memang kawan-kawan satu batch dia marah habis dengan article tu.

      Tapi persoalannya siapa yang sebarkan article tu, sebab setahu saya dah setahun dia tulis benda tu.

      BalasPadam
    15. kak munna nak dgt jadi cikgu dulu..... tapi tak kesampaian.... sentiasa ingat jasa guru2 yg mengajar kak munna dulu....

      p/s : bukan org lipis tapi boss kak munna org lipis dia yg selalu bagi sambal hitam tu

      BalasPadam
    16. Sama juga dengan Hanna. Masa mula-mula baca memang rasa marah tapi lepas tu reda dah. Takpa lah dia pun dah mintak maaf dan tutup blog dia. Mungkin dia tak sangka pendapat dia akan meluas tersebar. Yang penting jangan pula cikgu-cikgu bidas dengan kata-kata yang kurang cantik biar tunjukkan peribadi cikgu yang mulia. Api tak boleh dilawan dengan api kan?? hehe

      BalasPadam
    17. Salam..
      Baca juga blog budak yg ngaku engineer tu. Memang nak kena sekolah semula..
      Baru pagi td akak terima jadual baru.. kena ngajar 35 waktu!!!! sbb kena cover klas ckg yg pencen dan yg bersalin.
      35 waktu je.. apa susah? SAPS, PBS bagai, pun tak apa-apa. Tak masuk wad sakit jiwa. Malah boleh tulis novel lagi! Tak gitu? hu..hu..hu.

      BalasPadam
    18. @sarimahshaniza
      Kami yg praktikum dapat 12 waktu ni pun dah pening,
      rph panjang, kalau dapat 35 tu tak tahu la.. huhu~

      @Hanna
      Tak dapat duit kita nak serang dia,
      biarlah dia nak cakap tajam macam mana pun, huhu~

      @munna
      Ouh, hehe kite tak tahan pedas,
      tu yang kurang sikit sambal tu tapi
      kalau nak balik kampung mesti kaklong pesan belikan (:

      BalasPadam
    19. Salam perkenalan. Kerjaya guru bukan sekadar mengajar tetapi kalau boleh semua kerja perlu dilakukan.
      Proses pembelajaran tu bukan setakat habis apabila tamat kursus perguruan tetapi setelah mengajar lagi banyak kursus yang perlu dihadiri untuk menambah ilmu. Hinggakan guru yang hendak pencen beberapa tahun akan datang pun perlu hadiri kursus. Begitulah tugas guru. Sekadar perkongsian. Saya pun baru sahaja memulakan pekerjaan ini.

      BalasPadam
    20. Salam perkenalan. Kerjaya guru bukan sekadar mengajar tetapi kalau boleh semua kerja perlu dilakukan.
      Proses pembelajaran tu bukan setakat habis apabila tamat kursus perguruan tetapi setelah mengajar lagi banyak kursus yang perlu dihadiri untuk menambah ilmu. Hinggakan guru yang hendak pencen beberapa tahun akan datang pun perlu hadiri kursus. Begitulah tugas guru. Sekadar perkongsian. Saya pun baru sahaja memulakan pekerjaan ini.

      BalasPadam
    21. @Tetamu Istimewa
      salam perkenalan..
      mungkin dia tak tahu yang diri kita sentiasa di upgrade (:

      BalasPadam
    22. aku tahu pasal kes blogger tu pun dari member aku yang bakal jadi cikgu jugak.....

      BalasPadam
    23. ash pun bakal cikgi/cikgu gak ke?

      BalasPadam
    24. padan muka kena hina..memg patut kena hina pun

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728