Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Puasa Dan Kita Sedang Berjurus Puasa !

    Rasa lapang bila boleh berpuasa di laman sendiri, jam 4.30 petang semalam sudahpun sampai di teratak bonda hasil kesungguhan pulang berpuasa di kampung. Puasa tidak hanya menahan lapar dan dahaga, puasa ni lebih daripada itu, lebih. Puasa itu tarbiah. Mendidik kita menghayati nilai dan menilai diri sendiri. 

    Kita dan mereka sama-sama puasa namun pendapatan puasa kita dan dia barangkali berbeza. Pahala puasa bisa bertambah dan berkurang bergantung kepada amalan kita dalam menjaganya. Bertambah bila kita berusaha menyuburkannya dengan perkara mahmudah. Berkurang tatkala kita telah melakukan perkara yang boleh menyebabkan pahala puasa kita berkurang.

    Punca terbesar pahala puasa kita berkurangan ialah lidah. Jika tidak memaki hamun, berbohong dan menuduh serta mencerca orangpun sudah cukup untuk mengikis pahala puasa kita. Apatah lagi memfitnah. Mohon dijauhkan Ya Allah. Bukan saya bercakap tentang orang lain, tapi diri sendiri yang sangat selalu lalai. Sama-sama kita menjaga nikmat (lidah) untuk mendapatkan ganjaran yang indah. Jom puasa dengan berjurus !

    P/s: Orang muflis di akhirat nanti ialah orang yang yang berpuasa, solat dan membayar zakat namun ia pernah  memaki orang, menuduh orang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah dan memukul seseorang. 

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728