Blog Warkah Buat Isteri | Abil Fikri Ahmad

Sekejap tadi bosan layan drama dalam perasaan bermalas-malasan keluar rumah akibat kesesakan lalu lintas yang selalu mematikan perasaan ingin berjalan-jalan, layanlah Harian Metro. Biasa kalau di kampus baca online sahaja, tapi bila di rumah abah dah beli, lagi aman membacanya di atas kertas.

Dalam mengikuti kisah-kisah yang dimuatkan, saya rasa terkesan dengan satu kisah. kisah si suami yang setia di sisi isteri yang sedang terlantar sakit akibat kerosakan saraf otak kesan daripada penyakit asma yang dihadapinya. Tabahnya hati seorang suami menjaga isteri yang diserang sakit sejak Jun 2011. Atas dasar kasih kepada si isteri, sebuah blog telah dibina untuk berkongsi kisah bersama (http://abil4fauziah.blogspot.com/) yang setakat ini mempunyai 563 pengikut.

Mohon dipanjangkan doa agar saudari Fauziah Muhamad (Kak Gee) segera sembuh dan saudara Abil  Fikri Ahmad sentiasa setia dan tabah menghadapi ujian daripadaNya. Salam Aidilfitri buat semua yang berkunjung ke sini. Maaf zahir dan batin.

Saluran bantuan:
Hubungi 016-2634258
Abil  Fikri Ahmad)