Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Permohonan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M)

    Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) telah dilancarkan oleh KPDNKK beberapa hari yang lepas dengan menawarkan potongan harga kepada semua penggunanya; pelajar IPTA dan juga IPTS. Pelajar dengan jangka masa pengajian satu tahun dan ke atas layak memohon dan akan diberikan secara percuma. IPG pun layak memohon, ini yang best.

    Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih seperti buku dan alat tulis, kelengkapan sukan / peralatan / pakaian, klinik kesihatan / optometri / cermin mata, makanan / minuman, penginapan, salun / pusat / produk kecantikan, produk IT dan lain-lain; tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

    Cara Memohon Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia
    • Pelajar tidak perlu membuat permohonan. KDS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing setelah kementerian / Agensi / IPT mengemukakan maklumat pelajar yang lengkap kepada Bank Rakyat bagi membolehkan pelajar mendapat KDS1M. (Nama, No. KP, No. Matrik, Jantina, Nama IPT, Peringkat Pengajian, Tempoh Pengajian, Tahun Pengajian Semasa, Tahun Tamat Pengajian, Alamat Rumah, Emel dan No. Telefon Bimbit).

    P/s: Bunyinya macam menarik tapi tak tahulah sempat menikmati atau tak.

    14 ulasan:

    1. dowh... aku tinggal setahun lagi. Rasa2 sempat tak.. Amin.. sempat.!!!

      BalasPadam
    2. salam..

      saya langsung tak boleh guna ni..

      BalasPadam
    3. menarik2....mohon share =)

      BalasPadam
    4. menarik2....mohon share =)

      BalasPadam
    5. @reenapple
      kamu setahun, sy lagi 4 bulan.
      sama2 doakan kalau nak (:

      @Syira
      salam kembali.. bukan rezeki kita, huu ~

      @Apiz
      sila2.. ^^

      BalasPadam
    6. apsal la masa akk belajar dulu takde kad ni?

      BalasPadam
    7. @msredcheesecake
      sbb kerajaan masa tu tak macam kerajaan kini ^^

      BalasPadam
    8. bestnya siswa2 dan siswi2 masa kini. dulu tak ada pun benda ni

      BalasPadam
    9. ermm tinggal beberapa bulan jew lagi den nk habis belajar. sah2 tak boleh mohon kan.

      BalasPadam
    10. @HeNRieTTa JoSe
      sila serang HEP ^^

      @Boni JLL3
      lain pemimpin, lain pancingnya (:

      @Alieza Dayasari
      insyaallah boleh, huhuu..

      BalasPadam
    11. untung siswa sekarang ni...mcm2 kemudahan di beri

      BalasPadam
    12. bile boleh dpt ? huhuhu . betul eh tak payah mohon ?

      BalasPadam
    13. Kalau kita sendiri yang mohon di bank boleh ke ? Sebab ade juga ipt yg tidak myediakan khidmat ini .

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728