Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Masalah SKMM 1 Malaysia Celcom Broadband

    SKMM 1 Malaysia Celcom Broadband. Saya percaya ramai rakan-rakan blogger menggunakannya tak kiralah talian Celcom mahupun Maxis. Setelah hampir 7 bulan saya guna, tak ada masalah. Fasal kelajuan tu memang kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan. Kalau orang cakap unlimited tu sila fikir dua tiga kali untuk percaya. Memang ada had penggunaan, cuma bila dah langgar had tu bukan bermakna dah tak boleh guna tapi kelajuannya jadi minima.

    Tapi sejak dua tiga minggu yang lalu selepas kredit tamat, sim saya hilang punca. Line bar lenyap. Macam dah tak boleh nak guna walhal normalnya perkhidmatan akan diberhentikan sekiranya kita tak tambah nilai selama dua bulan selepas tarikh kredit tamat kan?

    Malas nak fikir banyak tentang tu, mungkin sim card ada masalah atau registration ada kacau. Hidup jauh dari celcom centre memang macam ni gayanya. Buat sementara waktu ni menumpang kasih dengan wi-fi sekolah dan broadband orang bahagia. Jadi mohon maaf kalau ada jejak yang tak terbalas kunjungan. Masa untuk berada di atas talian sangat terhad.

    P/s: Ustaz Azhar Idrus datang Cameron Highlands. Jom?

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728