Kadang-kadang, Susah Juga Bila Berkawan

Dia  : Bla... Bla.. Bla...
Aku : Sorry. Aku tak suka kau kawan dengan dia.
Dia  : Kenapa?
Aku : Sebab aku kenal kau dan aku tahu dia macam mana.
Dia  : *Senyap dan lenyap.

Bila bisu yang menjadi jawapan, aku mengharapkan kebisuan itu tanda dia faham.

Kadang-kadang berkawan ni memang susah. Susah bila kau berkawan dengan orang yang memang totally berbeza daripada kau. Susah bila kau sayang dia macam kau sayang diri kau sendiri. Kalau tulus hati kau, kau tidak akan selesa bila kawan kau meletakkan dirinya dalam kebinasaan dan kau mahukan yang terbaik buat kawan kau. Betul atau salah?   

Tapi jangan lupa tentang kau, kawan. Kau hanya kawan, jasad dan jiwa di sebelah dia. Kau hanya boleh cakap kau tak suka dia dengan bersama sesiapa dan apa jua tentang dia. Tapi kau tak boleh nak halang dia dengan sesiapa. Itu hak dia. Atas sebab hak itu, tolong simpan semua kebimbangan dan tolong doakan yang terbaik buat dia.

P/s :  Hanya Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.