Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Penggunaan Perkataan Guris dan Gores

    Facebook ni menarik juga, boleh memberikan ilmu. Itupun jika kita gunakan dengan sebaiknya. Semalam satu ilmu baharu yang saya dapat iaitu penggunaan perkataan 'terguris' dalam penulisan. Apabila ada pensyarah kacak saya tegur barulah saya perasan.

    Jom, tengok apa kata Kamus Dewan!
    1. gores (gorĂ©s) garis, calar, coret (corek); ~ api korek api, mancis; 
    2. bergores, bergores-gores bergaris(-garis), bercalar(-calar), berparut(-parut); 
    3. menggores menggaris, mencalar, menggarit; ~ hati melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan; 
    4. menggoreskan menggariskan, menggaritkan: ~ pisau pd meja; 
    5. tergores tergaris, tercorek; ~ dlm hati terlintas dlm hati, terfikirkan: tidak ~ dlm hatiku derhaka kepadanya; 
    6. goresan yg sudah digores (digaris), tanda atau bekas digores;
    7. penggoresan perihal menggores, pencalaran, penggaritan;
    8. penggores alat (spt pisau dll) utk menggores; kores.
    Manakala perkataan guris, terguris, gurisan pula langsung tidak ada dalam daftar kata Kamus Dewan.

    Kita selalu guna perkataan guris dalam menerangkan kelukaan terutamanya yang berkaitan dengan perasaan. Terguris hati, terguris perasaan dan sebagainya. Ini yang boleh kita perbetulkan sama-sama. Tukar perkataan tersebut dengan perkataan gores. Betullah apa yang Luna Maya nyanyikan tu.

    P/s : Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728