Berlagak dan Lupa Diri Bila Kaya dan Berkuasa

Masa miskin hidup menumpang merempat, nak berteduh pun tak jumpa tempat. Punyalah susah hidup berkais macam ayam. Kalau masa tu pun hidup nak lupa Tuhan, memang bunuh dirilah jawapan terakhirnya. Tapi kita ada iman, jangan mati dalam kufur. Berusahalah untuk mecari rezeki meski diuji payah.

Daripada kesusahan kadang-kadang Tuhan bangunkan kita dengan kekayaan, kuasa dan kemewahan untuk menguji sejauh mana kita beriman kepada-Nya. Lain cerita pula bila dah ada harta dan berkuasa. Boleh jadi:-
  1. Dia akan menolong golongan yang lebih bawah daripadanya kerana dia sedaya berusaha membantu mengubah nasib sebab tidak sampai hati membiarkan sesama saudara hidup susah sedang dia bersenang-lenang (setiap antara umat Islam itu bersaudara);
  2. Dia hanya membiarkan sahaja golongan bawahan dan terus angkuh. Kononnya biar sahaja orang bawahannya berusaha sendiri untuk mengubah nasib mereka.

Tidak perlu melihat sesiapa, cukup dengan menilai diri sendiri apa kita takbur dengan nikmat Tuhan? Mohon didoakan agar kita semua tidak kufur dengan nikmat-Nya. Untuk setiap anugerah, ucaplah Alhamdulillah tanda terima kasih kepada-Nya.

P/s: Dunia hanya pinjaman dan kau hanyalah peminjam.