Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Sebab-Sebab Rakyat Malaysia Tidak Berkahwin

    Ini hasil bancian yang telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie dalam persidangan Dewan Negara. Bancian ini telah disasarkan kepada 2.5 juta rakyat Malaysia yang berumur melebihi 25 tahun yang tidak berkahwin dan masih belum berkahwin. Kalah buat assignment, siap buat carta pai bagai. 60% daripada jumlah 2.5 juta itu adalah lelaki. Jom tengok kenapa golongan lelaki tidak berkahwin! 
    Tengok. Masalah utama lelaki ialah masalah kewangan. Jadi pihak perempuan perlulah bertimbang rasa tentang perbelanjaan dan segala tuntutan. Pihak lelaki pula janganlah tembak sembarangan, pilih yang  berpadanan. Lain keluarga, lain gaya dan ceritanya. Kalau dah terang-terang keluarga si dia pandang darjat dan pangkat, buat apa nak tunggu buah yang tak gugur-gugur bila kita ni sememangnya tak lulus di mata mereka? Ini bukan masanya untuk tepuk dada, tanya selera. Tapi ni masanya tepuk dada, tanya upaya.
    Perempuan pula tak ada calon yang sesuai katanya. Ada. Insyaallah ada. Tuhan jadikan kita berpasang-pasangan. Kadang-kadang tak boleh nak tunggu bulan jatuh ke riba, usaha tu perlu juga.  Abai semua perigi cari tiba. Jangan pula lupa tentang doa. Kalau tak doa nanti, Tuhan cakap kita sombong dengan Dia. Bukan soal suka memilih, sebab kalau nak kahwin memang kena pilih orang yang mampu bimbing kita kan? Cumanya, jangan terlalu memilih.

    P/s: Selamat bertemu jodoh yang baik, kawan-kawan. Kalau yang dah kahwin tu semoga bahagia ke alam yang kekal. Doakan yang terbaik buat semua.

    18 ulasan:

    1. huhuu. terlalu banyak punca

      BalasPadam
    2. hye si jodoh, bila boleh ketemu?:')

      BalasPadam
    3. @uyaitusaya
      sedikit masa lagi sayang, sabar ya (:

      @Kira Kekuri
      Yes, lain orang lain puncanya. Huhu..

      BalasPadam
    4. betul..jgn mintak hantaran tinggi2 yer...kesian kami kaum adam ni..hehe

      BalasPadam
    5. jodoh? semoga kita semua berbahagia:-)
      ramai senior senior nk kawen.dah posting dah cukup duitkumpulnya.hehehe

      BalasPadam
    6. @snf
      hehe, saya masih belum cukup simpanan ;)

      @Edy Zaidi
      baiklah, janji berpatutan ^^

      BalasPadam
    7. Sallam,

      Faktor jodoh pun ye juga,
      ada tu takut nak kawin hehhehe..

      BalasPadam
    8. x terkira ..
      sbb utama akk rasa sbb kekangan duit yg dah terlalu tinggi skrg nie huhuh

      BalasPadam
    9. @ieda
      betul.. harapnya tidak terlalu bermewah2..
      sederhana itu molek ^^

      @LIPISLADY
      salam kembali kak.. keruntuhan rumah
      tangga orang lain boleh buat orang di
      sekitarnya trauma, huhu..

      BalasPadam
    10. errr... sebab ia hal kahwin, maka aku tak baca habis.. hehehe.

      # errr.. tak ada kah punca yg tak nak kahwin macam aku ini?? heee..

      BalasPadam
    11. kadang2 perempuan tak kawin sb dikatakan perigi cari timba.

      tp takde masalah pon sbnrnya.. takkan la nak andartu sampai tua. ehhe. ;)

      BalasPadam
    12. saya tergolong dalam kategori lambat kahwin ni.hahaha

      BalasPadam
    13. pmpuan takda calon sbb nk kena tunggu lakidtg meminng.
      laki plak kalo takda duit taknk kawin
      T___T"
      kadnag2 tuh wang hantaran sampai 23k. gila apa.
      :)
      bersederhana itu kan lebih baik. btol tak kak? :P

      BalasPadam
    14. @Boni JLL3
      lelaki sangat sweet bila kahwin lambat, hehe..

      @Hansyirah Takezur
      itu egois namanya sayang ^^

      BalasPadam
    15. @Anati Soki
      adui, kalau sampai 23k tu tak tahu la
      apa istimewnya. pompuan tu boleh bina jet kot, hik3

      BalasPadam
    16. Sabar dan usaha pasti bertemu pilihan hati....

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728