Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    12/4/12: Tragedi Di Tanah Rata, Cameron Highland

    Lama tak sempat nak layan blog sangat. Genap satu minggu kemalangan motosikal di Tanah Rata. Pedih perit pun sudah beransur pergi tapi goresan hati masih tersisa. Khamis lalu pulang lewat dari sekolah, Zohor Asar semua usaikan di sekolah. Sampai rumah terus tukar pakaian, pinjam motor ustazah sekolah, ajak kawan  menuju ke Tanah Rata; ambil baju yang didobi, kurang lebih pukul 6 petang.
    Lepas ambil baju, hajatnya nak ke pasar, beli strawberi dan bunga sebab nak turun ke Sremban, Lipis dan Jerantut pada keesokannya. Baru 200 meter bergerak, sudah terbantut. Motor di hadapan saya menyalakan lampu signal ke kanan dan bergerak ke tengah jalan. Saya ambil keputusan untuk memotong dari kiri. Namun dengan tidak di sangka-sangka dia menukar arah masuk ke kiri. Saya tak tahu nak buat apa, bertindak di luar kawalan; tekan break dan pejam mata. Tak sempat nak fikir apa, asalkan motor tu berhenti, sudah lebih daripada cukup.

    Sedar-sedar dah terjelepok atas jalan, handle motor dah ada bawah perut, kawan saya tertiarap atas belakang saya. Topi keledar dah tercabut ke belakang, badan lebam-lebam dan luka-luka. Mujur kereta jauh di belakang. Kalau kena gilis, memang 'Innalillah'. Memang dasar gedik, nangislah yang jadi aksi susulan. Biarkan kawan-kawan uruskan motor dan hal-hal berkaitan. Mujur motor yang depan saya tu bertanggungjawab juga, berhenti dan bagi bantuan. 

    Baju dobi bergolek-golek tu tak layan dah, orang Jabatan Penerangan Cameron Highlands bawa ke Hospital Tanah Rata, cuci luka dan kena suntikan. Punyalah takut jarum terpekik terlolong menggelepar bagai; macam orang gila. Kalau saya jadi jururawat tu, saya dah lempang laju-laju. 2 3 orang datang pegang baru selesai semua. Alahai mengada-ngada!

    Sakit luka tak fikir dah, yang ada dalam fikiran, ganti rugi yang dibayar kepada pemilik motosikal. Buku kira-kira kewangan untuk semester ini lintang pukang. 

    P/s : Sila pakai topi keledar ketat-ketat ya sayang.

    24 ulasan:

    1. salam...

      mesti sakit kan...huhu

      lain kali hati-hati tau .

      BalasPadam
    2. ujian di penghujung praktikum. sabar banyak2 ye. insyaAllah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. malang tak berbau, benda dah terjadi.

      sabar dan senyum. kamu kan kuat! :)

      BalasPadam
    3. ala..ciannye..lain kali carefuly ek..

      BalasPadam
    4. @Syira Qahira
      salam kembali, sedikit sakit tapi semuanya
      okay, insyaallah nanti lebih berhati-hati ^^

      BalasPadam
    5. macam seram dengar.get well soon :)

      BalasPadam
    6. hati2 bw moto lenkali .. huhu

      BalasPadam
    7. aduhai.. ksiannya dier... duk cmren yer.. nt kmi pnjat sana calling calling ea...

      BalasPadam
    8. well saya pon pernah accident motor camni. memang calar balar. pedih kot.

      BalasPadam
    9. @Maizatul
      badan calar sapu ubat,
      motor calar sapu duit, hehe..

      @eRiNsZ
      praktikal kat sini dear, bereh..
      nanti roger2 (:

      BalasPadam
    10. awww, sakit sangat la tu, injikesen, luka pa smua. adoi..hope u cpat sembuh. syukur u selamat, (: jaga diri k.

      BalasPadam
    11. pakai topi kelader itu sangat penting... ingatlah org yg tersayang (iklan la pula)

      * Alhamdulilah.. kamu selamat.

      BalasPadam
    12. alahai..kesiannya...dah ok ke skrg?

      BalasPadam
    13. ingatkan tragedi apa la tadi...
      gue baru bercadang nak pergi sana..
      eehhehehee

      BalasPadam
    14. semoga lebih berhati-hati len kali kak ayu:-)

      BalasPadam
    15. Please vote for Www.danielzaidi.com in MITBCA2012 : Malaysia International Tourism Photography/Art Blog

      Vote for www.eqbalzack.com in DiGi WWWOW Awards 2012 : Blogger of The Year

      Thanks guys for your helps...really appreciate it! LOVE U lah..:p

      BalasPadam
    16. saya pun.................x sempurna..huuu~

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728