Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Sering Dikaitkan Dengan Masa Silam. Dihukum Oleh Masa Silam?

    Percaya atau tidak bahawa setiap yang silam itu berlaku tidak pernah sedetikpun berlalu untuk sia-sia? Semua orang ada kisah silam yang tersendiri, tetapi walau terang atau kelam masa silam, percayalah semua orang masih ada masa depan. Penentunya ialah hari ini.

    Semua orang pernah buat silap. Adakah keji bagi mereka yang buat silap? Baca sini. Ya, dia ada kisah silam. Dia pernah buat silap. Tapi jika hari ini dia buat silap, jangan terlalu cepat menghukum. "Dia memang macam tu, dari dahulu memang perangai dia macam tu. Habit orang kata." Tak! Dia mungkin tak sengaja. Berubah; tak sesenang kita nak bercakap. Jadi hargai bila orang nak berubah ke arah kebaikan. Sekurang-kurangnya dia berusaha, dia ada daya untuk cuba.

    Lagi menyedihkan bila sekecil-kecil kesalahan dia hari ini diperbesar-besar dengan kesalahan dia di masa silam. Sayang, dia juga manusia biasa. Kita dah nampak Tuhan duga dia macam tu, tapi kita tak tahu lagi dugaan Tuhan untuk kita pada esok hari. Setiap orang berhak dapat peluang.

    P/s: Cuba untuk sentiasa positif. Saya percaya setiap orang mampu berubah.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728