Menegakkan Hukum Allah Itu Wajib

Bukan nak tunjuk baik atau apa-apa. Cuma kita akan lebih selamat dan terpelihara dalam peraturan Pencipta kita. Macam bila kamera Nikon kesayangan kita rosak, kita akan hantar ke kilang Nikon. Kenapa? Kerana yang lebih arif tentang sesuatu ciptaan ialah penciptanya. 

Jadi manusia perlu sedar bahawa mereka semua ialah ciptaan yang sangatlah kerdil jika hendak dibandingkan dengan Penciptanya. Lagilah manusia perlu sedar tentang siapa Penciptanya. *Mengucap bersama-sama. Bila kita mula mereka-reka hukum sendiri, berlagak pandai tak tentu hala, itu akan mengundang kebinasaan. Lihat sendiri, tak perlu saya nak bilang contohnya.

Tanya diri, seikhlas hati, kita cari Islam atau kita cari potitik untuk dijadikan keutamaan? Menegakkan hukum Allah itu wajib, bukan mainan dan juga bukan main-main. Sekarang aneh, politik dilihat kotor bila memperjuangkan agama. Tak tahulah mana silapnya dunia. 

P/s: Ini bukan kisah kempen politik, ini hanya kisah perjuangan kita semua yang rasanya perlu dijaja. Jangan jadi seperti tikus yang membaiki labu.