Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Kesibukan Dalam Gelombang Kenduri Perkahwinan

    Sejak cuti sekolah bermula, ni baru ada kelapangan nak usik blog. Agak sibuk, mengalahkan pengantin. Eh, 10 Mac baru-baru ni kawan baik saya buat majlis akad nikah! 11 Mac kenduri. 2 hari juga saya melepak di sana, ambil berkat pengantin orang kata. * Senyum kambing. Memang seronok, boleh lepak dengan kawan-kawan setelah masing-masing sibuk praktikum.

    Memandangkan kawan saya ni kahwin semasa cuti persekolahan, Guru Besar sekolah saya dengan penuh cool menasihatkan saya supaya bila nak kahwin, ambil masa bukan cuti persekolahan, nanti boleh ambil cuti peruntukan perkahwinan selama 7 hari. Tapi ni untuk perkahwinan kali pertama sahaja. Insyaallah boss. * Senyum kambing lagi.
    Pada tarikh yang sama juga diadakan majlis rakan-rakan IPG lain yang tidak sempat saya nak hadiri. Gambar pengantin tak ada buat masa ni. Dapat muat naik gambar saya dengan Abang Jib masa lepas makan kenduri ni pun dah cukup bahagia. Gambar pengantin tu simpanlah dulu. Eh! Gurau-gurau...

    P/s: Bersediakah saya untuk menjengah ke alam perkahwinan? Usik jiwa, tanya iman.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728