Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    'Jangan' Kau Tu Sudah Aku Ubah Makna, Sayang!

    Memang aneh walaupun itu hanya soal remeh temeh. Saya sering teringat tentang sesuatu yang dia suruh saya lupa. Selalu saya cakap, "Awak, saya tak boleh nak lupa, selalu teringat," belum habis ayat tu, dia dah potong, "jangan ingat." Saya diam kebingungan.  Eh, macam senang-senang boleh lupa perkara yang kita selalu ingat kan?
    Perkataan atau frasa 'jangan' ni dah kena macam sumpahan. Macam sudah berubah makna. Serupalah bila anak-anak kecil dilarang untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan perkataan 'jangan', makin menjadi-jadi onarnya seolah-oleh disuruh-suruh. "Jangan panjat pokok tu mek, nanti jatuh!". Eh, makin tinggi mek tu panjat bila dengar orang cakap macam tu. Sebab tu mak abah bila tengok saya panjat pokok jambu masa kecil-kecil dahulu, mereka akan cakap "Eh, panjatlah tinggi lagi! Tu rendah sangat." Tahu pula nak berhenti memanjat masa tu.

    Kesimpulannya; bila orang bercerita atau mengadu kepada kamu tentang sesuatu yang dia tidak senang akannya dan dia ingin melupakannya tetapi dia tak mampu, kamu hafal skrip ni, "Oh, ya? Kalau macam tu ingatlah. Sampai tahun depan pun kita cerita tentang hal ini hari-hari. Balik kejap lagi tulis atas kertas manila, tampal dalam bilik. Nanti kalau agak-agak nak terlupa, boleh ingat lagi. Susah nak lupa, kan? Jadi, ingatlah." Masa nak lafaz skrip ni, sediakan muka untuk dilempang laju-laju. Orang yang terdesak untuk melupakan sesuatu mungkin akan bertindak melulu. Awas! *Gelak jahat.

    P/s: Tulisan yang celaru, sedang pening dengan thesis. Ada masanya, kita akan rela biarkan diri kita jadi bodoh. Aneh bukan?

    15 ulasan:

    1. eheee..lepas ni kena reverse psikologi..;p

      selamat berjuang!

      BalasPadam
    2. @Juliet_iRa~"
      hehehe.. main psiko2 ni best
      jugak kadang2 :)

      BalasPadam
    3. patot pun ramai yang merokok kan.sebbnya dimana mana tulis jangan/dilarang merokok.hehehhe

      BalasPadam
    4. penulisan yang celaru? oh.. tidak.. ini penulisan yg buat aku gelak jahat tak jadi, sorang2 depan pc pada jam 12.49 malam :)

      BalasPadam
    5. ok, stop say jangan.. hehe. tapi betullah, makin kata jangan, makin 'seseorang' tu buat dan bertindak.

      BalasPadam
    6. " panjat lagi, rendah sangat tuh"

      hahaha.. likee.. perli itu best! ngeee~

      BalasPadam
    7. kita berkongsi rasa yang sama ;'(

      BalasPadam
    8. haha...tiba2 terlempang pipi sendiri lepas baca ayat tu

      BalasPadam
    9. ekekeke....rietta pown dah lupa sinonim n antonim nieh....neway....gud luck 4 ya thesis yea...

      BalasPadam
    10. @snf
      hehe pasni kene try, 'merokoklah lagi' ^^

      @uyaitusaya
      tQ sayang! (:

      BalasPadam
    11. @yad'z
      Hehe utk budak2 nakal tu, jangan cakap
      kat budak2 nerd oke ^^

      @FIFIEY LYCHEE MARATION
      huu tu la, dunia dah semakn terbalik, hu2~ ^^

      BalasPadam
    12. kekadang kita kena perli..baru nk sedar

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728