Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Usaha Mengajar dan Mendidik Orang Asli

    Tulisan ini lebih kepada luahan perasaan. Panjang berjela-jela. Kalau takut jemu, tengok gambar sahajalah. *Senyum. Dua minggu lepas pensyarah saya datang ke sekolah untuk menyelia. Melihat sesi pengajran dan pembelajaran saya dalam subjek bahasa Melayu untuk murid tahun 3 seterusnya membimbing saya dalam memperbaiki mutu pengajaran saya dalam bilik darjah.

    Saya akui, mengajar murid asli besar juga cabarannya. Taraf pendidikannya rendah jika ingin dibandingkan dengan murid di kampung dan bandar, mungkin disebabkan persekitaran, pemakanan dan juga genetik mereka. 
    Sekolah sebelum ini saya mengajar kelas yang terkebelakang, namun ternyata berbeza situasinya kerana kelas tersebut sememangnya menghimpunkan murid-murid yang agak terkebelakang. Namun sekarang, murid saya bercampur-campur. Memang, saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Jujurnya, saya kekok.

    Murid asli agak rendah keyakinan dirinya, lebih kepada malu dan takut dalam menyuarakan sesuatu, agak pendiam namun ada juga yang nakal. Kita bercakap bahasa Melayu, mereka sibuk bersembang dalam bahasa Semai di belakang, itu biasa.

    Bila pensyarah pembimbing datang, saya cuba untuk berlagak biasa, kendali kelas sebaiknya, berikan sedaya yang ada untuk murid-murid saya. Namun atas beberapa faktor, 1 daripada 3 objektif pembelajaran saya gagal dicapai. Waktu tamat  P&P, saya masih berada di langkah 2 pengajaran, langkah untuk mencapai objektif ketiga ditangguhkan, kekangan masa.

    Seusai tamat sesi P&P, seperti biasa saya akan menghadap pensyarah pembimbing. Belum sempat pensyarah tanya apa-apa, saya dah mula menangis. Bila ditanya apa yang saya rasa, lagi tak tertahan tangis. Saya tidak kecewa untuk apa yang murid saya lakukan, tapi saya kecewa dengan diri sendiri kerana tidak berjaya memberikan yang terbaik untuk murid saya. Mereka anak didikan, saya pendidik, jika mereka tak terdidik, salah siapa? Saya. 

    Rawat hati yang duka lara, makan tengah hari di Big Red Strawberry Farm. Jangan pernah lelah untuk apa yang kita usahakan. Ikhlas itu sumber kekuatan.

    P/s: Saya tidak akan berhenti mencuba sedaya yang ada untuk mereka, atas nama Dia yang membantu dan memberikan daya kepada saya.

    17 ulasan:

    1. jangan putus asa! untung merasa belajar ajar anak-anak ini tau..qilah terkedek-kedek gaklah nak mengajar diorang sekarang..huhu

      BalasPadam
    2. dugaan seorang pendidik.. kamu sungguh bersungguh hingga menangis.. kamu memang iklas dan pasti keiklasan itu akan membuahkan hasil. insyallah..

      * sedap nampak gambar makanan tu :)

      BalasPadam
    3. gud luck akak. jangan give up, usaha. chaiyok2!!!

      BalasPadam
    4. alahai lamanya tak singgah blog ahsfantasy sejak berehat blogging ni..dah jadi kaler pink dah..huhu..
      sabar..jadi guru memang besar cabarannya..ganjaran pahala juga besar..btw
      http://kimzai92.blogspot.com/2012/02/tingkatkan-trafik-dengan-mendaftar-di.html

      BalasPadam
    5. @Ila Aqilah
      huuu, takpe sis, kita belajar dari bawah ^^

      @anisyuhada
      Thanks dear, nanti kirim salam kat mak (:

      BalasPadam
    6. @~cik atin~
      thankas dear (:

      @Nong Andy
      Thanks akak, eskrem goreng ^^

      BalasPadam
    7. abg mtk maaf..lama x singgah bz skit

      BalasPadam
    8. awak..awak kena tabah dan kuat.jangan sesekali mengalah k..kuatkan semangat untuk terus berjuang..biarlah sampai ke titisan darah terakhir pun..

      BalasPadam
    9. insyaallah kalau kita lakukan dengan ikhlas...akan ada jalanya..ameen...


      kalau xkeberatan jenguk ke blog kwn saya..dia mmg mengajar skolah orang asli dan byk dia kongsi cerita2 disana..sehingga dibukukan blog nya..
      http://apistakkisah.blogspot.com

      BalasPadam
    10. @Mesin Taipku
      thanks, nanti nak melawat ke sana,
      cari semangat ^^

      @Boni JLL3
      i try.. thanks ^^

      @khairul
      tak apa (:

      BalasPadam
    11. I've been through the same during my teaching practicum

      yea,menangis..not bcoz of the kids..tp sbb rasa diri x bguna.. the fear of x dpt didik murid2 tu sentiasa ada..

      but you gotta have to work for it, semoga terus tabah dan sukses selalu :)

      BalasPadam
    12. I've been through the same during my teaching practicum

      yea,menangis..not bcoz of the kids..tp sbb rasa diri x bguna.. the fear of x dpt didik murid2 tu sentiasa ada..

      but you gotta have to work for it, semoga terus tabah dan sukses selalu :)

      BalasPadam
    13. @~hAKim ZaiLAn~
      anti2 la org tukar hjau smula, hehe.
      tu la lama tak nampak akim ^^

      BalasPadam
    14. @Aweyn
      cuba untuk kuat dan sentiasa bertenaga ^^

      BalasPadam
    15. dengan semangat yg ada, akak yakin awak berjaya mendidik mereka sebaiknya.. insyaAllah.. aduhai, terliur akak dgn makanan berunsur strawberi tu.. sedapnya..

      BalasPadam
    16. @Hanis Azla
      insyaallah ka, sedang mencuba.
      kalaudah duduk sini, buah tu je yang
      ada n murah sikit.. lain2 tu mahal, huu~

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728