Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Ramai Benar Yang Berlagak Mahu Jadi Hakim

    Rasa bahagia kejap bila terima panggilan daripada dia. Malam yang diselubungi kesejukan. Sebelum tidur jom makan jagung mutiara rebusan housemate saya ni! Kalau beli yang dah siap rebus di Kea Farm, RM 2 sebatang. Tapi ni saya beli di pasar malam Berinchang kemudian rebus sendiri, RM 10 untuk 12 batang. Itu pun bergantung pada saiznya juga.

    Eh, sebelum tidur saya nak cakap sesuatu. Tentang hakim. Bukan tentang Tuhan atau hakim di mahkamah, tetapi hakim dalam kalangan kita. Yang kononnya rasa layak menghakimi setelah beberapa waktu memerhati. Dosa pahala memang nyata kita lihat, tapi syurga neraka itu kita tidak pasti di mana tempatnya kita atau mereka. Saya yakin, Tuhan maha mengampun, Tuhan maha mendengar. Dia yang lebih arif tentang ciptaanNya.

    "Mohon dijauhkan diri yang suka mendoakan keburukan dan kecelakaan terhadap orang lain meski mereka itu suka membuat buruk dan celaka. Tuhan maha adil dan Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya, biar Dia sahaja yang menentukan apa yang selayaknya dihukum. Kita tidak perlu menjadi hakim."

    Bila lihat ada yang tersesat atau menyimpang, cepat benar mulut menghukum seolah-olah pendosa itu tiada jalan untuk kembali. Kita siapa? Mulia tanpa cacat cela? Bukan saya menyokong mereka membuat dosa, tapi kita patut tahu yang ruang keampunan tetap ada. Yang perlu dibenci adalah dosanya, bukan dia. Jika sayangkan dia, tolong bawa dia jauh daripada dosa-dosanya. Bukankah itu lebih mulia daripada tidak henti-henti menabur cela dan mendoakan kecelakaannya?

    Kita tidak akan pernah tahu penghujung hidup kita bagaimana, apatah lagi penghujung hidup orang lain. Sesiapa sahaja boleh berbuat dosa, tapi kita tidak akan pernah tahu apakah pengakhir hidupnya ditamatkan dengan murka. Mungkin seumur hidupnya dilumur dosa, mungkin juga dia akan jadi lebih baik daripada kita.

    P/s: Mendoakan yang baik-baik dan terbaik untuk semua itu bukankah lebih indah daripada mendoakan keburukannya? Oh, selamat malam semua!

    31 ulasan:

    1. mengajar kat CH ker?bestnya..

      BalasPadam
    2. @KM7
      4 bulan je kat sini cikgu, praktikum ^^

      BalasPadam
    3. wah....cam sedap jew....nak sket jagung tuh...huhuhu....

      BalasPadam
    4. harap yg baik ada pada kita semua ;D

      BalasPadam
    5. @SyamimiNazifa
      good, doakan yang terbaik, buat semuanya :)

      @HeNRieTTa JoSe
      meh datang rumah, kite bagi free ;)

      BalasPadam
    6. ya, sekurang2nya beri lah peluang utk mereka berubah kan... semoga yang terbaik buat diri kita semua

      BalasPadam
    7. betolll... kita x berhak nak menghakimi seseorg. Allah lebih mengetahui. sapa kite nak judge. ye dak? doakan je yg terbaik...

      BalasPadam
    8. tgk jagung ingt kampung. huhuhu

      org skrng tidak kira pahala atau dosa, yg pnting kepuasan. dengki adalah kepuasan bg mereka

      BalasPadam
    9. bersangka baik je walaupun tiada kepastiannya...:)

      BalasPadam
    10. kalo nak jadi hakim kena letak nama abdul hakim ker,mohd hakim ker..

      BalasPadam
    11. sy suka makan jagung rebus ni,nak buat kuih pun sedap.

      #lama tak makan,rasa mengidam pula.hehee

      BalasPadam
    12. @Mishter Izwän
      dengki yang buat mereka mengata tu yang
      kesian =.="

      @Diyana Norman
      betul dear :)

      @Gen2Merah
      Tuhansentiasa buka pintu taubat ^^

      BalasPadam
    13. @Woofer Storm
      kalau dah mengidamtu kena cari la (:

      @Chaoi
      kalau hakim, kena letak abdul kat depan
      dia chaoi ;D

      @Daddylicious
      nice (:

      BalasPadam
    14. berdoa yang terbaek untuk sesiapa saja... d^_^b

      BalasPadam
    15. ye manusia tak punya hak utk menghukum...;)

      BalasPadam
    16. Bagi nasihat je oklah. Tapi jagung tu nampak best petang nnt nak gi belilah :)

      BalasPadam
    17. WAHH bes la kan duduk sana . sejuk2 makan jagung rebus .

      betoi tuh ustazah ada cakap tak baek mendoakan kecelakaan dekat orang lain :)


      Ingat mengingati kan kan kan ayu :)

      BalasPadam
    18. buat pengajaran pd kita semua

      BalasPadam
    19. sesiapa pun tidak tahu apa yang akan berlaku pada penghujung hidup

      walau dia dia atau sesiapa yg berjumpa dgn tukang tilik atau tok bomoh sekalipun


      takecare dear sis

      belanja nis jagung

      hikss

      BalasPadam
    20. @BENA
      yup bena comel :)

      @EmpayarUtama
      hehee.. nnti hntr cni skit :)

      BalasPadam
    21. @miss Fyqa
      cuba dulu baru thu (:

      @Anisa Hang Tuah
      hehe.. b0leh,
      meh dtg cni nk blnja jgng n icecream :)

      @khairul
      :)

      BalasPadam
    22. Betul kan? Kita selalu je judge others tapi lupa tengok kain sendiri....

      BalasPadam
    23. jagunggg tuuu
      tergoda asenye
      hehehehehhee ;))

      BalasPadam
    24. @aimie amalina
      hehe.. nak pos pun takut berkulat
      sebelum sampai ^^

      BalasPadam
    25. @msredcheesecake
      jaga tepi kain orang tu elok,
      bila org jaga tepi kain kita pun elok,
      tapi jangan cepat benar menghukum ^^

      BalasPadam
    26. manusia dikk
      x pernah lari dari sifat mendengki
      tapi adakalanya akak cuba x mo jadi macam tuu .. syaitan ada dimana2 .. kaum nabi muhammad nielah banyak dugaan nyee huhuh

      BalasPadam
    27. biasa la manusia, dia rasa semua dia betul...dia la paling bagus

      BalasPadam
    28. @Edy Zaidi
      kita cuba untuk tidak menjadi seperti tu (:

      @ciK LyndaWawa
      thanks sis ^^

      @ieda
      semua faham kak, yang penting kita
      cuba jadi yang lebih baik ^^

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728