Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Ubat Tahan Sakit Gigi

    Sudah pun berada di kampus. Semalam tak sempat buka blog, ada masalah yang saya dah sememangnya jangka pada tulisan sebelum ini. Tapi malas lagi nak fikir atau cerita tentang itu; agak menyakitkan hati.

    Ni kisah tentang saya kena serang sakit gigi lagi. Tampalan lama tercabut, berlubanglah. Malam-malam dah jadi ngeri bila sakit menyerang sepanjang malam. Semalam paling ngeri! Pusing kanan, pusing kiri, tidur memang tak lena sampai pagi. Nangislah kerjanya. Bangun pagi-pagi tadi mandi terus pergi klinik. Lepas trauma 2 tahun, nilah kali pertama jejak semula ke klinik gigi.
    Tidur, sleep
    Jumpa doktor dia cakap mungkin sebab serangan bakteria. Gigi tu dah jadi tak sihat, sama ada nak cabut atau buat rawatan akar. Tapi kalau nak cabut pun tak boleh cabut sekarang, kena tunggu surut bengkak dan hilang sakit. Jadi pulanglah dengan bekalan ubat:

    1. Papain - ubat surut bengkak;
    2. Gerskin - ubat kunyah;
    3. Metgyl Metrondazole - ubat antibiotik;
    4. Poro Acetaminophen - ubat tahan sakit.
    Kalau sakit, simpan duit tu dah jadi tak ada makna. Pelaburan untuk sihat tak merugikan. Kalau menunggu giliran di klinik kerajaan tu menjadi satu masalah, berkunjunglah ke klinik swasta.

    P/s: Jangan lupa jumpa doktor gigi 6 bulan sekali.

    20 ulasan:

    1. tak tentu arah di buatnya bila sakit gigi.. penjagaan dan pemeriksaan yb konsisten boleh membantu mencegahnya kan.. tp bila gigi tak sakit kita yg sering terlupa..

      BalasPadam
    2. @Hanis Azla
      Betul, masa sakit disiplin makan ubat,
      bila tak sakit, ubat pun entah ke mana, huu~

      BalasPadam
    3. mslh asrama la tu..huuu..sbr byk2..
      buat rawatan akar ke?btol2..duit byk kalo sakit pon wtpe..kan2..gg skt mmg payah..huu..semua bnda xjadi..;p

      haipp org sakit gg xleh mkn cheese tart..heee..get well soon dear..:)

      BalasPadam
    4. uik sakit gg mmg tak tertanggung rasenye

      BalasPadam
    5. gigi oh gigi.. kalau dah sakit.. tak senang siang dan malam ku :p

      BalasPadam
    6. ahaha...baru je cerita pasal gigi di latest post!!!macam lebeh kurang je....

      nyway...sgt rindukan maktab!!

      BalasPadam
    7. kalau sakit gigi memang parah.. seluruh badan terasa kesannya.huhuhu

      BalasPadam
    8. Serik sangat bila sakit gigi..habis seksa seluruh badan..itu baru sakit gigi..

      BalasPadam
    9. lama dah tak servis gigi ni..heheee

      #slmt mlm^^sabar ye...

      BalasPadam
    10. hohoho..sakit gigilah sakit yg paling tak tertanggung sekali pas sakit beranak..mmg tak senang dudukla..semoga cepat surut..

      BalasPadam
    11. @Juliet_iRa~"
      Aik? tak boleh? okay, kita tunggu
      sakit reda :D

      BalasPadam
    12. @whitecappuccino
      hee hanya yang pernah sakit faham
      macam mana keadaannya kan? ;)

      BalasPadam
    13. sabar itu ada had nye jugak kan ..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728