Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Seharian Di Cameron Highlands | Masih Belum Selesai

    Semalam. Seawal 8.30 pagi bertolak ke Cameron Highlands bersama 11 rakan yang lain, singgah sarapan di Koyan. Untuk apa? Misi mencari tempat untuk menginap. Selepas praktikum fasa pertama di SK Budu, praktikum fasa kedua di SK Clifford, kini tibalah musim praktikum fasa ketiga di SK Ringlet, Cameron Highlands. 3 bulan di sana.

    Penempatan praktikum di Bentong dialihkan ke kawasan Cameron Highlands, lebih dekat katanya. Tak mahu dikatakan manja, kami bergerak ke sana untuk menguruskan rumah sewa. Kami cuba yang terbaik. Kawasan itu merupakan kawasan tumpuan pelancongan. Cabaran utamanya ialah kos. Kos sewa rumah dan kos makanan yang tinggi.
    Penat pusing Tanah Rata dan Berinchang sampai ke petang, tempat sewa yang ada hanyalah dengan harga sekitar RM 900 - RM 1300 tidak termasuk utiliti. Itu antara yang termurah di sana. Ada yang lagi murah, RM 650 sebulan tetapi setiap hujung minggu kami perlu kosongkan rumah tersebut untuk sewaan pelancong. Rumit?

    Pilihan terakhir, kami ambil bilik untuk disewa, RM 500 sebulan. Bilik, bukan rumah. Hujan mula menggila. Dalam perjalanan pulang lewat petang kami singgah di rumah keluarga angkat di Sungai Koyan, makan malam di sana. Mencecah 10.30 malam baru sampai semula ke kampus. Kepala naik pusing. Namun saya sangat terharu dengan usaha dan sokongan rakan-rakan yang ditempatkan di Cameron, sama-sama mencari solusi dan berusaha untuk kepentingan semua. Kita cuba yang terbaik.

    P/s: Sampai tahap tanah tinggi itu dipandang bisu.

    38 ulasan:

    1. Nak cari ilmu memang kena berkorban. Selamat mengajar ye?
      p/s tengah sibuk cari kerja, kalau ada kelapangan insyaAllah ada la doodle tu nanti.

      BalasPadam
    2. @.........cP~
      kita gurau je la cp, hehe selamat
      mencari kerja, semoga dipermudahkan :)

      BalasPadam
    3. bestnye la prktikum kt tmpat sjuk

      waaaa ipg mne ni?

      curious oke

      BalasPadam
    4. ooh adik mengajar di CH ye ..
      hurmm disana memang mahal kan
      even makan punn mahal huuh

      BalasPadam
    5. bestnye prktikum CH.kalau prktikum kat Raub,boleh mai singgah umah :D

      #Selamat Berpraktikum!

      BalasPadam
    6. @ieda
      3 bulan je akak, then tmbah 1 blan lg
      utk siapkan kajian tindakan, mahall..

      BalasPadam
    7. @anisyuhada
      hehe thanks! tu la, kalau raub dekat sikit. clasmate ade dpat methodist raub :)

      BalasPadam
    8. wahhh jauhnyaaa praktikum!

      xpela dik..cabaran tu..sblm posting nt kn campak jauh2..:)

      cameron mmg pyh sikit sbb tumpuan pelancong kan..

      BalasPadam
    9. @Juliet_iRa~"
      Latihan ni sis, hehe pengalaman
      mematangkan kita :)

      BalasPadam
    10. bestnya praktikum kat cameron.kalau duduk situ lama-lama pon best.makanan memang mahal tapi dapat makan vege n fruits yang fresh selalu :)

      BalasPadam
    11. wah..saya mendoakan semoga awak dapat jadi cikgu praktikum yang hebat..bukan senang nak buat pengorbanan mcm tu..saya yg terpaksa berulang-alik setengah jam pon merungut-rungut..

      BalasPadam
    12. @najwa nano
      vege mamang mewah la kat sana dear,
      tapi rasanya kalau tak jumpa makanan
      rutin kita, muntah hijau dibuatnya :D

      BalasPadam
    13. @sharifahfatinzulaikha
      HUhu, dalam sesi menyesuaikan diri,
      sekolah tu sekolah orang asli :)

      BalasPadam
    14. oh ye eh?mak ada dekat sana.cikgu hanim.suruh kawan akak ready mental siap2.GB sana sumpah akan mendownkan mental nanti.

      #pesanan ikhlas ni#

      BalasPadam
    15. seronoknya praktikum kat cameron :)

      ta[i betul, usaha sama tu penting kan?
      untuk kesejahteraan sama-sama,
      untung dapat kawan yang sama-sama menolong :)

      BalasPadam
    16. alhadulillah dpt kawan yang saling membantu..besh juga tu dpt ngajar kat CH, nyaman & ada stroberi..hihi..

      p/s : psl bloglist exchange tu, boleh lagi, tapi kat blog ni takde bloglistkan, cane nak exchange?

      BalasPadam
    17. @anisyuhada
      ouh, mak ngajar situ ea? nanti akak
      bagitahu kwan akak tu, huhu macam seram la pulak ~~ >_<

      BalasPadam
    18. @Ila Aqilah
      tu la, alhamdulillah.. sy tak ada
      kenderaan, memang susah kalau tak ada
      kawan yang menolong ^^

      BalasPadam
    19. @cikpuanhady
      straberi jadi pelawas hebat la nanti,
      hehe ayu punya link exchange ada kat
      sini kak :
      http://ahsfantasy24-linkexchange.blogspot.com/

      BalasPadam
    20. mahalnya sewa kt sana kn..tu x kira tanah lagi..agaknya klu aku nk beli 1 lot tanah berapa la agaknya kn

      BalasPadam
    21. mahalnya sewa kt sana kn..tu x kira tanah lagi..agaknya klu aku nk beli 1 lot tanah berapa la agaknya kn

      BalasPadam
    22. setiap perkara ada cabarannya kan.. harap segalanya dapat dilalui dgn baik.. semoga dipermudahkan segalanya..

      BalasPadam
    23. Mahalnya.... Pratical, ada sumber kewangannnya ke?

      BalasPadam
    24. wah..smoga Allah permudahkan segala urusan ye =)

      BalasPadam
    25. @budak penjara
      kalau fikir tentang kos sana memang
      boleh berbalik biji mata, huhu..

      BalasPadam
    26. @msredcheesecake
      RM 10 sehari, berganda2 lagi untuk
      mencapai apa yang perlu ditanggung. huummm~

      BalasPadam
    27. sy pun tgh cari bilik sewa area tnh rata utk praktikal nnti..x jmpe2 lg

      BalasPadam
    28. @orange
      praktikal kat mana dear? tanah rata tak
      jauh dengan berinchang, cuba tengok kat berincang..

      BalasPadam
    29. kat pejabat pertanian...runsing nk cari bilik sewa

      BalasPadam
    30. @orange
      kalau kat cameron ni rumah la yang jadi
      masalahnya. rate dia macam pelancong,
      kawan yang praktikum kat tanah rata
      pun menyewa kat berinchang, flat muhibbah.
      dalam 3km dr tanah rata rasanya..

      BalasPadam
    31. Hello there.. Saya tengah mencari rumah/bilik sewa sekitar cameron highland. Boleh tak saya minta contact person bilik yang pernah disewa? Terima kasih. boleh la email kepada w_retlaw@yahoo.com. Terima kasih banyak2.

      Walter

      BalasPadam
    32. salam.... nk tanya... ada x kawan2 yang pernah menyewa di sekitar tanah rata, brinchang or kawasan sekitar yg terdekat... kena pindah di sk convent tanah rata.... nk cari rumah sewa... urgent... boleh bg contact no? tq :)

      BalasPadam
    33. salam... hai... nk tnya... ada x kawan2 yang pernah menyewa di area tanah rata, brinchang or kawasan yg terdekat...nk cari rumah sewa... kena mengajar di sk convent tanah rata... sekarang tunggu surat saja... urgent... boleh bg no contact? tq :)

      BalasPadam
    34. @Ein Shuk Salam Ein.. Kawan di Berinchang dulu tinggal di rumah tamu SK Berinchang.. Kena tanya GB sana..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728