Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Sakiti Aku Dan Lakukan Apa Sahaja, Aku Tak Punya Hati

    Awak terlalu sibuk dan terlalu asyik menghitung sakit yang awak  rasa hingga jadi hebahan untuk tatapan semua. Ada pernah  awak fikir tentang sakit yang saya rasa untuk setiap apa yang  awak lakukan? Mungkin  awak terlalu sibuk, hingga terlupa untuk memikirkan hal itu. Ya, saya simpan semua sakit yang awak berikan.

    Memang sayalah makhluk yang selalu melukakan; buat  awak terluka. Memang  sayalah makhluk yang selalu mengecewakan; buat  awak kecewa. Memang sayalah makhluk yang selalu menyakitkan; buat awak sakit. Semua tentang saya adalah ironi bahagia. Memang saya tak punya apa dan jelasnya saya memang dah tak mampu buat awak bahagia.
    Ceritakan pada semua. Cananglah satu dunia. Awak tampak mulia. Kacak jelita tanpa cacat cela. Ya, saya tak ada hati untuk awak ramal kira, tak ada hati dan awak boleh buat serta kata apa sahaja. Saya tak ada hati untuk terasa apa-apa bermula pagi hingga lewat senja hingga pekat malam tiba. Saya tak punya rasa.

    Hati yang perlu dijaga hanyalah hati kepunyaan  awak. Hati yang wujud untuk dibelai manja hanya hati pelengkap jasad  awak. Bukankah berbeza dengan saya yang pada awak tak punya hati?Tahniah untuk itu. Mungkin sudah tandanya saya mengalah saat jiwa telah lelah. Saya ingat, mengalah tak semestinya kalah.

    P/s: Sudah-sudahlah melayan jiwa, jom ke kuliah bersama Puan Rogayah Osman!

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728