Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Sentiasa Bersangka Baik Kepada Tuhan

    Tadi kuliah bersama pensyarah kacak lagi. Bercerita tentang terapi-terapi dalam subjek bimbingan dan kaunseling. Ada beberapa jenis terapi; antaranya terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik, terapi biblio, dan terapi bermain. Ya, jangan pernah menyangkal yang kita sebagai manusia sememangnya perlukan bimbingan. 


    Saya cuma nak kongsikan tentang sesuatu yang manrik minat saya sekejap tadi, di bawah sub terapi biblio. Dalam olahan pembentang dan juga respon rakan-rakan itu saya tertarik dengan dua item. Pertamanya kita sebagai manusia jangan pernah sombong meminta pada Tuhan untuk  mengemudi diri sendiri dan memperkecilkan aturanNya. 


    "Ya Allah, janganlah engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun hanya dalam kadaran sekelip mata"


    Jadikanlah doa ini sebagai satu amalan. Jangan terlalu angkuh dengan Tuhan kerana hanya Dia yang maha mengetahui tentang kita dan seluruh kehidupan kita. Kita hanya manusia, daya kita lemah, ilmu kita terbatas dan kudrat kita terhad. Bila kita meminta kemudian Dia abaikan permintaan kita. Usah marah, simpan semua rajuk, yakinlah bahawa Dia tahu apa yang terbaik buat kita.


    Keduanya, tentang permintaan kita yang kita rasakan tidak diendahkan. Kadangkala apa yang kita minta, tidak ditunaikan serta-merta. Mungkin hari ini kita minta, esok lusa baru Dia tunaikan, mungkin juga minggu depan, bulan depan, tahun depan atau seterusnya. Siapa yang tahu kan? Ya, Dia maha mengetahui masa yang terbaik buat kita menerima apa yang kita order tu. Kalau order tapi tak sampai-sampai tu maknanya apa yang kita minta itu barangkali tidak elok untuk kita. Sentiasalah bersangka baik kepada Dia.


    P/s: Jom amalkan solat di awal waktu!

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728