Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Kehilangan Cinta? Tenang-tenang Sayang, Bahagia Itu Ada

    Aku dengar, kamu baru hilang cinta. Ya, kamu mengakuinya. Aku perhatikan kamu. Kamu sekarang terlalu liar mencari pengganti cinta. Untuk apa? Carilah Dia. Dia yang mencipta bahagia. Bukan aku bongkak mengatur kata, aku juga pernah kecewa kerana cinta. Cinta lalu yang pada aku sekarang tak ada makna kecuali sakit yang pernah buat aku tersentap. Aku sedang berikan diri aku ruang dan masa, pasti ada yang akan datang menjelma untuk menutup semua cerita lama.

    Usah terlalu sibuk mengejar cinta kedua, ketiga atau seterusnya. Kelak keterburan kamu akan membuah derita menghalang bahagia. Ambil masa, tak perlu tergopoh-gapah. Apa yang ditakdirkan untuk kamu, pasti akan jadi milik kamu. Tenang-tenang sayang, aku ada untuk teman kamu.

    P/s: Minta, minta, dan minta pasti Dia kabulkan. Tapi jangan lupa untuk berusaha dengan jalan yang diredhaiNya. Happy Chinease New Year.

    20 ulasan:

    1. ya.. mintalah. Dia tidak bagi on the spot.. tapi dia tetap akan beri. bersabar.. tunggu dan lihat. Dia memang maha pemurah :)

      BalasPadam
    2. cinta kpd-Nya yang hanya kekal..

      BalasPadam
    3. sungguh.perginya dia menyedarkan saya tentang jauhnya saya dari Dia. :')

      BalasPadam
    4. sy mencari cinta yang halal ..cinta selepas khwin..hehe

      BalasPadam
    5. doakan bena untuk lebeh dekat dengan Dia ye ayu . huhuh :)


      new blog : http://inibena.blogspot.com/

      BalasPadam
    6. ada kebahagiaan yang Allah bagi walau kita tak nampak.. =)

      BalasPadam
    7. @Nong Andy
      Dia tahu apa yang terbaik untuk kita kan? ;)

      BalasPadam
    8. @yad'z
      macam oksigen yang kita tak nampak :)

      BalasPadam
    9. kalau sy putus cinte

      mmg nangis terharu bace entry ni

      mslhnye xbcinte pulak haha

      BalasPadam
    10. romantiknya ayat2 ini.. kebetulan saya pun tengah lepas di landa pilu.. isnya Allah moga2 ada pengganti yang terbaik selepas ini.. doa2 kan juga saya ye.. hihihi

      BalasPadam
    11. @Gen2Merah
      Romantik? huhu..
      saya doakan kamu baik2 saja :)

      BalasPadam
    12. Dia Maha Mendengar


      Jom join Giveaway Sulung Mieycber's Blog

      http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728