Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Sebab Kenapa Perlu Skandal Dalam Kampus

    Skandal. Semua orang dah maklum tentang perkataan tu. Maknanya pun dah bunyi macam melawan norma hidup. Skandal ni biasanya tertumpu pada seseorang yang dah punya pasangan tetapi berada di luar kawasan kampus. Tapi orang yang masih tak ada pasangan pun, ada juga yang pasang skandal apa? 

    Kalau kau jenis yang suka bergaduh dengan kawan-kawan. Bila kau dah gaduh dengan kawan, tak kiralah atas alasan apa pun, mesti kawan kau tu dah malas nak layan kau. Annoying katanya. Masa tu kau bolehlah nak berlagak jalan beriringan dengan dia sambil mata ke langit dan buat muka macam nak minta pelempang. Bolehlah kau buktikan tanpa teman pun kau masih boleh bahagia. Kawan tu meaningless kan?

    Kalau kau ni jenis. Ah, ini saya tak tahu apa klasifikasinya. Tapi ini yang jenis tak boleh duduk diam di bilik. Tambah-tambah lagi bila hujung minggu kalau duduk lepak sahaja dalam bilik, kau akan jadi macam kucing nak beranak, gelisah dan resah semacam. Bila skandal bawa pergi berjalan-jalan tengok ayam itik kat Zoo Lipis pun dah kira bahagia. Lepas balik tu sumbat gambar ayam itik di Zoo Lipis tu ke dalam Facebook. Oh, bahagia! Banggalah kan?

    Kalau kau ni jenis yang malas nak pergi cafe atau kantin untuk makan, bolehlah pasang skandal. Nanti hantar mesej kat dia,"Bebi lapar..." 10 minit lepas tu dia akan balas, "anjeng dah belikan nasi putih dengan tomyam campur ni, turun ambil kat tepi pagar, anjeng tunggu bawah pokok ni." Ah, manis kan tu?

    Kalau kau jenis yang malas nak buat tugasan tutorial atau projek. Rogerlah dia, buat suara manja mengada-ngada, cakap yang tertekan kerja tak siap lagi, susah nak cari bahan dan apa sahajalah alasan. Kalau skandal dengan senior, untunglah. Bila tugasan kita lebih kurang sama dengan tugasan kita, UNTUNGLAH. Rembat sahaja yang lama. Copy and paste. Eh, kan mudah tu?

    Bila kau rasa kau tu dah sempurna. Cukup sempurna. Bila kau rasa kau ada semua, kalau orang nak benci atau menyampah pun, tak berkudis tak bernanah pun. Sebab kau rasa kau tak perlukan orang lain. Moleknya sikap yakin pada diri sendiri kau tu kan?

    Penat juga membebel ni kan? Baiklah, saya henti di sini. Sebab-sebab yang lain tu sila sambung dalam ruangan komen. Eh, skandal tu memang bahagia. Bahagia untuk si pengamalnya sahajalah. Dalam dunia skandal ni ada prinsip give and take. Orang cakap sesuatu yang berharga kena jaga baik-baik. Kalau rasa diri kita ada harga, jaga diri baik-baik.

    P/s: Aku skandal. Esok belajar subjek Bimbingan dan Kaunseling, sukanya boleh jumpa pensyarah kacak lagi! Pelajar cemerlang, sila rajin sedikit!
    FBuat semua pembaca, semoga Allah merahmatimu.

    26 ulasan:

    1. bebi n anjeng 2 nmpk cm comel..hahaha..lawak2

      BalasPadam
    2. Malas nk layan skandal dan org yg ada skandal.... Saya tak nak skandal ngan sape2 hheee...

      BalasPadam
    3. n3 ni mcm geram je hihihi...

      BalasPadam
    4. @Nong Andy
      mana ada geram kak, sembang2
      kosong je, hehe..

      BalasPadam
    5. perghh...entry terbaek....:)

      tag::

      http://hazanis.blogspot.com/2011/12/end-year-mega-giveaway-2011-by-cahaya.html

      BalasPadam
    6. amboii pantang nmpk pensyarah hensem!haaha ;p..

      skandal tu rmai kan buat..tp akk xpnh buat even ada org nak..haha..;p..sbb rs bersalah kt si dia y jauh di mata tp dkt di hati..hee..lgpon prinsip akk..what u give, u get back..;p

      heee

      pss : dear, nt jgn tgglkan link biru tu lagi tau..link tu blh sebabkan blog kita didelete..ada blogger wat entry psl tu..akk pon xsure kenapa..huuu

      BalasPadam
    7. a'ahla..bebi ngan anjing tu kelakar! haha

      tapi bagi Ila skandal tu merugikan..haish..

      BalasPadam
    8. hee, ayat tuh mcm da ade pengalaman je kan, sume tuh mmg sbb2 perlunya ada scandal dlm campus!!pndai kan you...


      follow sini, follow la sy kalau sudi

      BalasPadam
    9. bkn skandal tapi kawan baik~ perlu kot.. huhu sng nk tlg kte ble bg nasihat..walaupun bf org kte kena hormat la..

      BalasPadam
    10. bila dia yang ciptakan skandal itu,aku yang tanggung deritanya.

      #entry segal ni..maseh

      BalasPadam
    11. huwaaa ! betoi3...nice entry :)))

      BalasPadam
    12. @Juliet_iRa~"
      hehe, handsome!
      okay sis, dah heboh tentang tu,dia detect as a spam. sorry okay ;)

      BalasPadam
    13. @Ila Aqilah
      hehe.. buat apa nak curang kan?
      merugikan.

      BalasPadam
    14. @Mishter Izwän
      tu bila bored sangat, merapu2 la,
      ngee kompem sudi sokmo! :)

      BalasPadam
    15. @sea_lavender
      kawan baik memang perlu, tapi kau
      skandal, tak perlu kot dear :)

      BalasPadam
    16. @Woofer Storm
      Ouh sorry.. semoga kamu dapat
      yang lebih baik, inshaallah :)

      BalasPadam
    17. nice one.hehehe.tp x semua orang boleh menipu dalam hubungan.klo semua menipu habis lah kita.

      BalasPadam
    18. @storyfromme
      kita elakkan menipu supaya nanti diri tak ditipu :)

      BalasPadam
    19. sy pulak baru-baru ni buat puding caramel utk skandal sy :PP

      BalasPadam
    20. @SnowQueen
      sangat manis, pasti skandal awak
      bertambah-tambah sayang awak :)

      BalasPadam
    21. mula2 baca mcm bunyi anjing..hahaha..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728