Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Nak Salahkan Siapa Kalau Kau Sakit?

    Tahu tak sakit tu apa? 
    Soalan ni macam soalan nak minta pelempang. Serius. 

    Luka di jari nampak berdarah, luka di hati nampak apa? Tak nampak apa-apa, cuma nampak dia terduduk dengan mata terpejam paksa, dahi berkerut-kerut dan mulut separuh ternganga. Biar orang kata dia tak cantik ketika tu, dia tak peduli, yang dia tahu, dia sedang sakit, menahan sakit. 

    Saya pernah rasa sakit, tapi saya tak tahu sama ada sakit saya itu sama atau tidak dengan sakit yang dia tanggung. Sakit tu ada kat mana-mana. Walau tak cari, kadang-kadang terjumpa. Kalau lari, kadang-kadang makin menghampiri. Memang kita akan jadi bahan uji kaji yang akan sentiasa diuji. Kadang-kadang kita rasa kita dah buat dengan sempurna, kita dan cuba yang terbaik, kita dah memberi terlalu banyak. Sebab tu kita rasa amat sakit dan kecewa sekiranya apa yang berlaku itu tak seperti yang kita harapkan. 

    Dalam masa tu kita sering letakkan kesalahan pada yang lain tanpa lihat cermin yang tergantung di dindang; ya, cermin diri sendiri terlebih dahulu. Kenapa? Sebab kita tak boleh sesenang mengubah rentak yang lain, tapi kita boleh ubah suai diri kita sendiri. 

    Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." - 
    Abdullah bin Mas'ud r.a
    Kita punya kelemahan, akuilah. Ambil masa untuk renung dan muhasabah diri. Bukan bazirkan masa untuk mencari salah dan masalah orang lain seterusnya menyalahkan mereka. Mereka tak salah jika mereka bahagia dengan hidup mereka, mereka punya hidup mereka yang tersendiri. Asal mereka tidak melanggar hukum tuhan, biarkan. 

    P/s: Siapa kita untuk kecewa bila kita tak diterima dalam hidup seseorang?

    28 ulasan:

    1. jangan salahkn siapa2~~ kifarah2 kta akn mmberi pringatan dgn apa yg kte d duga~~sye laluinya skg~~

      entry ni d berikan oleh seorang teman blogger..cube renungkan

      http://melakarpelangiindah.blogspot.com/2011/10/saya-merasa-mereka-memerhati-kita.html?showComment=1322860103960#comment-c3848293273204963172

      BalasPadam
    2. iya betul.. sakit di hati hanya kita yang tahu... bersabarlah, insya Allah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..

      BalasPadam
    3. bila kaca melukai jari
      lukanya hanya setitis
      bisanya hanya sehari..

      tapi..

      bila kata melukai hati..
      bisanya meresap ke urat nadi
      lukanya ku bawa hingga ke mati..

      BalasPadam
    4. @Sekamar Rindu
      Luka di hati meski kering,
      kesannya tetap ada..

      BalasPadam
    5. urm3. sapalah kita untuk diterima.. hehe

      jom baca kejap..=)
      http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html

      BalasPadam
    6. jika terkecewa ... cuba ler bangkit kembali. kecewa bila dipinggirkan itu biasa, tp jika kita terus mara, itu menunjukkan kita lah yg menang! :)

      BalasPadam
    7. memang luka di hati tak nampak.. ='( tapi sakitnya lagi sakit dari luka di jari..

      BalasPadam
    8. sakit itulah kaffarah(penghapus dosa2 kecil)..beruntungla klu sakit, tnda Allah ingt pd kita....klu sihat sokmo, boleh jd lalai, leka dn sombong...skit sekali sekala, maka kita menginsafi diri,InsyaAllah=): Couple Lepas Kahwin Baru Syok!

      BalasPadam
    9. disebalik setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.Allah itu Maha Mengetahui:-)

      BalasPadam
    10. @L
      huu, kita kena belajar ukur baju di
      badan sendiri :)

      BalasPadam
    11. @amalina wahida
      Yep, sakit hati tu kadang-kadang
      terlalu meyesakkan..

      BalasPadam
    12. @SuFi Haraki
      Kafarah penghapus dosa,
      insyaallah :)

      BalasPadam
    13. sakit di luar nampak lukanya.sakit di hati hanya kita dan tuhan yang tahu,pedih!

      BalasPadam
    14. setuju2..cri kesalahan diri sndri dulu sbl cari kesalahan org laen..

      BalasPadam
    15. betul2.. sakit di hati hanya kita saja yg tahu.. takpa bykkan bersabar.. sekadar ujian dariNya kepada hamba2Nya.. hehe..

      BalasPadam
    16. @Rozuan Ismail
      barang tak nampak ni sering tidak dipeduli ~

      BalasPadam
    17. @Tuan Cimot
      Tunding menunding jari takkan menyelesaikan masalah ~

      BalasPadam
    18. nak sabar sakit hati memang berat ..klau sapa dapat memang hebat..
      nak jadi hebat kena kuat.....
      insyaallah..Allah mahakaya

      BalasPadam
    19. kalau tak pernah sakit kita tak tau nikmat bila kita tak sakit.

      BalasPadam
    20. @S..U..D..@..I..S
      Allah janjikan yang terbaik
      buat kita semua, percayalah :)

      BalasPadam
    21. @whitecappuccino
      setuju, semoga kita akan jadi yang
      tahu menghargai :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728