Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Menarik Mengenai Keputusan PMR 2011. Terbaik?

    Semalam semua yang berkaitan dengan calon PMR kelam kabut nak tahu keputusan. Memanglah calon PMR berdebar-debar, tapi rasanya para guru dan ibu bapa kepada calon-calon ini lebih kencang debarannya dalam menantikan pengumuman keputusan anak dan anak-anak didik mereka. Dalam banyak-banyak isu tentang PMR, inilah antara hal yang menarik bagi saya. Kalau ada tambahan, rakan-rakan bolehlah menambah.
    • Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional.
    • 9.48 % atau 64102 orang calon PMR di seluruh Malaysia mendapat A dalam semua mata pelajaran. 
    • Pencapaian calon cemerlang semua A mengalami penurunan berbanding tahun lepas. 
    • Prestasi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam menurun.
    • 8.56% atau 1850 orang calon PMR di Wilayah Persekutuan mendapat A dalam semua mata pelajaran.
    • 7.41 % atau 333 orang calon PMR di Perlis mendapat A dalam semua mata pelajaran. 
    • 6.76 % atau 2021 orang calon PMR di Kelantan mendapat A dalam semua mata pelajaran.
    • 6.73 % atau 3,575 calon PMR di Johor mendapat A dalam semua mata pelajaran.
    • 5.52% atau 1981 orang calon PMR di Kedah mendapat A dalam semua mata pelajaran.
    • 1641 calon PMR di Pahang mendapat A dalam semua mata pelajaran.
    • 2103 orang calon PMR di Pulau Pinang mendapat A dalam semua mata pelajaran.
    • 1482 orang calon PMR di Negeri Sembilan mendapat A dalam semua mata pelajaran.
    • 40.9 % atau seramai 167 pelajar yang menduduki PMR di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, Kelantan telah memperolehi 9A dan menyandang gelaran sekolah terbaik bawah naungan Yayasan Islam Kelantan.
    • Sekolah Tuanku Abdul Rahman merupakan sekolah terbaik di Perak dengan catatan 88 orang calon mendapat A dalam semua pelajaran.
    • Khabarnya sekolah lama saya berada di tangga kelima dalam jajahan Kota Bharu dalam usaha mencabar adik beradiknya iaitu SMKA Naim Lilbanat yang berada di tangga kedua dalam jajahan ini.
    P/s: Dahulu kakak dan abang senior pesan jangan nak honeymoon lepas PMR tapi saya tak ambil pusing. Masa nak SPM baru sedar dan insaf bila banyak benda yang masih belum dapat dikuasai. Budak-budak memang degil.

    20 ulasan:

    1. @uyaitusaya
      Rupanya susah juga nak buang sikap
      degil ni kan? wuwuwuuuuu~

      BalasPadam
    2. Biasalah budak2/kita, lepas PMR konon rilex r masa form 4 tapi naik form 5 memang terkial2 sebab kena pecut.

      BalasPadam
    3. @whitecappuccino
      Masa senior tegur tu rasa menyampah sangat,
      bila dah nak spm, tahulah langit tinggi or rndah :D

      BalasPadam
    4. SMKA Naim Lilbanat..
      sangat pemes sekola tersebut.
      :D

      BalasPadam
    5. Kalau boleh aku ubah sejarah silam. mungkin aku dah jadi profesor ke.. doktor ke.. lawyer ke.. bukan macam sekarang jadik kuli je. Sebab aku degil? oh.. kenapa lah aku degil tak nak blajar baik-baik kan.. hahaha!

      *'Menyesal' tak pernah datang dahulu.. 'menyesal' selalu datang kemudian!! :)

      BalasPadam
    6. hee..tahun ni ramai straight A's..:)

      tahniah kpd mereka..

      pss : sy pon cam awk..F4 honeymoon habis..;p

      BalasPadam
    7. @Nong Andy
      Betul tu akak, menyesal tu biasanya
      akan datang kemudian :)

      BalasPadam
    8. @Juliet_iRa~"
      Gedik sangat berbulan madu walhal bukan
      manis sangatpun kan? huhu~

      BalasPadam
    9. thniah buat mereka semua..

      #menyesal dulu2 suka main tima stdy..ermmm

      BalasPadam
    10. skang kena pecut dari skang utk spm nnti..buat adik2 pmr yg cemerlang..tahniah..

      BalasPadam
    11. masa PMR sy ada semua result A B C dan D..D untuk arab...kecewa =(

      BalasPadam
    12. @Chaoi
      Barang lama usah dikenang, jom sama2
      bina hidup yang lebih baik ! :D

      BalasPadam
    13. MMPK mang mantap la
      tiap2 tahun mesti jadi d best! :))

      BalasPadam
    14. ting 4 cikgu pun mengajar ala2 honeymoon jugak.. sekolah sy ler.. kekekeke

      BalasPadam
    15. @THE LEKAT LEKIT STORY
      Kalau cikgu tu memang guru tingkatan 4,
      memang tiap tahun la cikgu tu honeymoon :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728