Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Memang Sudah Ditakdirkan Untuk Sementara

    Dalam kehidupan kita memang tak boleh nak lari daripada frasa datang dan pergi. Memang dah ketentuan, setiap yang datang akan kembali. Ada sesuatu yang perlu kita faham dalam hidup ni sekiranya kita terus-terusan menangisi yang telah pergi. Kita perlu faham bahawa tidak semua yang datang itu sememangnya hadir untuk kita, untuk sepanjang hidup kita.

    Mungkin apa yang hadir dalam hidup kita itu hanyalah satu lintasan. Ya, dia melintas dalam hidup kita. Terlalu singkat waktunya untuk bersama kita. Mungkin juga ia hadir ke dalam hidup kita sebagai satu persinggahan. Kehadirannya cuma ingin memberikan kita sesuatu. Suatu pengajaran yang boleh buat kita belajar. Kehadirannya hanya untuk itu. Terima seadanya. Sekurang-kurangnya ia mengajar dan menjadikan kita lebih kenal dunia.


    P/s: Tiba-tiba teringat dan rindu akan Restoren Natam. Eh, esok ulang tahun kelahiran Maira! Oleh sebab  saya ni spesies tidur awal, saya ucap siap-siap, Selamat hari jadi, semoga mejadi isteri yang solehah! *sedang perasan yang dia akan membacanya. 

    24 ulasan:

    1. buat saya menangis dengan post anda
      (macam ada satu cahaya tiba-tiba menyala dalam kepala bila baca:rasional)

      BalasPadam
    2. hehe. teringat ngan 'dia' yg dah pergi. Tapi tu cukup memberikan pengalaman untuk kuat. Tapi nak kumpulkan kekuatan tu la yang susah. tp betol la apa org cakap 'time will heal everything' slowlyy... :) miss u too dear! tak hijau lagi dah eh. pink sudaaaahh~! hehe. like.

      BalasPadam
    3. betul. setiap hari adalah cerita baru! :)

      BalasPadam
    4. blog sy baru je expired domain dia 2,3 hari..kecewa pula,nasib baik dah renew.

      #teringat kes tuan blog ni,sy pun ikut jejak langkah.sy deactived fb seketika.hehe

      #selamt malam.

      BalasPadam
    5. sesuatu yang jadi tu bukan saja-saja kan?

      BalasPadam
    6. @ChIk NyNaH
      Kenapa myn? Memang susah nak lupa kisah
      lama, tapi aku harap kau masih mampu senyum..

      BalasPadam
    7. @Cik Zara Hannan
      Jangan risau, kalau ia milik kita,
      nanti dia akan kembali. Huhu nanti nak
      buat oren pula :D

      BalasPadam
    8. @Woofer Storm
      Huhu, bila expired tu, rase mcm loser
      kan? huk3~

      BalasPadam
    9. @uyaitusaya
      Mulakan hari anda dengan senyuman,
      morning! :)

      BalasPadam
    10. kekadang 'yang terindah itu hanya sementara' macam lagu erra fazira :)

      BalasPadam
    11. kau datang dan pergi begitu saja.. semua ku terima apa adanya..

      #RUANG RINDU

      BalasPadam
    12. @Nong Andy
      bukan kadang-kadang kak, selalunya :)
      macam pelangi, hehe~

      BalasPadam
    13. @shanas ishak
      mata terpejam dan hati menggumam,
      di ruang rindu kita bertemu :)

      BalasPadam
    14. "yang sementara" tu pergi sebab nak bagi peluang "yang permanent" amek tempat dia...:)

      BalasPadam
    15. @NuReLLe
      kesimpulannya, tak ada yang kekal kan :)

      BalasPadam
    16. post ni :') huhu..membuatkan saya berfikir jauh :D thax..

      BalasPadam
    17. @jalanrock
      adik omey! mane ade sedih?? wuwuuwu ;P

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728