Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Melayu Berniaga Macam Pelahap Muflis

    Makluman, entry ini panjang, luahan rasa saya sebagai pelanggan yang sangat tidak berpuas hati. Borang OKU kakak saya memerlukan gambar berukuran pasport. Nak bawa kakak saya ke kedai gambar memang sukar kerana dia berbadan besar orangnya. Jadinya sayalah yang jadi jurugambar, adik beradik yang lain pula jaga bahagian props dan lighting.

    Bila semua dah selesai pagi tadi abah ke Pasir Tumboh untuk cuci gambar. Saya biarkan sahaja sebab waktu itu saya masih belum mandi. Saya tuliskan semuanya atas sekeping kertas, lokasi gambar dalam pendrive, saiz, dan salinan. Biasanya kalau hal yang berkaitan dengan gambar, saya yang akan uruskan semuanya dan saya memang tak suka masuk kedai gambar yang abah pergi tu.

    Macam biasa, saya akan susun gambar tersebut macam susunan gambar Lisa Surihani kat atas tu, empat keping gambar atas satu layer kemudian minta kedai cetak saiz 3R. Harganya kalau cetak lebih daripada 10 keping boleh jadi paling rendah 45 sen sekeping. Kalau sekeping dua kemudian nak ekspres, paling mahal pun 2 Ringgit Malaysia sekeping.

    Tadi bila abah balik, abah cakap RM 16. Memang saya terperanjat. 2 keping gambar 3R dengan harga RM 16. Gila kau tak terperanjat? Saya memang sakit hati. Senangnya orang kampung jadi mangsa eksploitasi. "Bro, abah aku memang tua, warga emas, tapi tu bukan alasan kau senang-senang ambil kesempatan!"
    Saya segera mandi, ambil gambar yang abah bawa balik tadi, pergi semula ke kedai gambar tu. Nak tanya apa yang membuatkan gambar tu mahal sangat. Macam-macamlah alasannya. Dia siap tanya saya kenapa abah tadi awal-awal tak tanya tentang harga? Ni saya nak tanya, "kau tu nak berniaga, nak sediakan perkhidmatan, nak memudahkan urusan orang tanpa aniaya orang atau nak memampuskan orang?"

    Sakit hati yang sangat melampau. Masa tengah bersoal jawab tu, abah sampai. Abah follow saya dengan motor rupanya, takut saya buat kecoh tempat orang atau takut saya dibelasah orang mungkin. Saya bukan nak buat kacau. Saya cuma nak tahu, itu hak saya sebagai pelanggan/pengguna. Kalau abah tak ada, ingin sahaja saya campak gambar yang dicetak tu atas muka peniaga tu. Pelahap sangat duit orang. "Aku lagi suka kau muflis awal-awal. Nanti tak adalah orang-orang kampung terkena auta kau macam situasi abah aku terkena tu."

    P/s: Jom belajar tentang hak kita sebagai pelanggan! Buat aduan di laman ini.

    36 ulasan:

    1. cekik darah betol lah kedai tu... sanggup dia buat mcm tu kat warga emas.. sepatotnya Melayu tolong Melayu, lebih2 lagi kalau Islam...

      itu gambar kakak ke? cantik....

      BalasPadam
    2. nak tahu value blog ?
      http://syamiminazifa.blogspot.com/2011/12/nak-tahu-value-blog-korang.html

      BalasPadam
    3. Gila cekik darah kut ? Dasat , mentang mentang lah org tua , senang senang je dia kencing . Ngeks !

      *Eh gua pulak emo . -.-

      BalasPadam
    4. memang patut kena bahasalah...setakat RM16 tu takleh jadi jutawanlah.


      kalau harga berpatutan, pahala pun dapat....kan kan

      BalasPadam
    5. hidup jangan nak menipu boleh x taukey?

      kureng betol la taukey ni !

      BalasPadam
    6. hidup jangan nak menipu boleh x taukey?

      kureng betol la taukey ni !

      BalasPadam
    7. @Semut Senyum
      Eh sayang, tu gambar google,
      lisa surihani zaman muda :D

      BalasPadam
    8. @Cik Kamoo
      Kalau kedai menjaga hati pelanggan,
      kita pun tak serik nak latang lagi kan? :)

      BalasPadam
    9. @nitnot
      Memang takkan jejak kaki lagi la situ >_<

      BalasPadam
    10. teruk nya. dah tahu salah bukan nak mintak maaf.

      BalasPadam
    11. tumpng simpati..hu~

      kamu buka la kedai kamera dan printing gambar lepas nii.. jaga harga.. jangan aniaya customer.. :)

      p/s: anak yang baik, banyak-banyak sabar ya!

      BalasPadam
    12. mmg nak makan penampar lar menipu terang2 mcmtu! tp bagus tindakan kau tu, bukan masalah duit, tp kejujuran tu letak kat mana?

      BalasPadam
    13. @TiTi
      Harapnya tak ada peniaga yang suka
      ambil kesempatan macam tu..

      BalasPadam
    14. @ChIk NyNaH
      Aku psiko dia, ambil gambar dalam dan
      luar kedai tu, ;D

      BalasPadam
    15. br 4 hari lepas buat report kt persatuan pengguna sbb peniaga dobi telan baju2 aku.

      BalasPadam
    16. ish,,sah2 cekik darah,,teruk nyaa

      BalasPadam
    17. ohhooii..
      berani betul lisa surihani ni

      BalasPadam
    18. @Najwa Frankenstein
      Aku kena menuntut dengan kau nak buat report,
      cukup menyampah dengan kejadian macam ni :(

      BalasPadam
    19. pehhhh cekik darah betol

      ishhhhh garangnya diaaa . hehehe :)

      BalasPadam
    20. memang melampau betul tu..betul kita kena tahukan sebagai hak pengguna..

      BalasPadam
    21. iskk mahalnya..serius la..ptt pon buat aduan..

      BalasPadam
    22. @Juliet_iRa~"
      Mujur 16, kalau banyak lagi,
      memang layak bakar la kedai tu ;(

      BalasPadam
    23. klau mn2 kdai buat pasal, blh report kt sini; http://www.nccc.org.my/v2/index.php/e-aduan

      BalasPadam
    24. teruknyoo kedai gitu. mentang2 org tua hk mri beli. hishh..pantang dgn ore gitu!

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728