Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Ketakutan Itu Akan Berubah Seiring Masa

    Sepuluh tahun yang lalu. Sepuluh. 10. Bukan sekadar angka. Sekitar umur saya yang masih lagi dalam satu angka. Juga bukan sekadar angka. Budak kampung, kehidupan di kampung, semuanya kekampungan, jiwa kampung takkan hilang walaupun segalanya dah ditelan zaman. 

    Satu waktu dahulu, setiap Sabtu atau Ahad seingat saya, saya selalu nangis, tak mahu ke tempat mengaji. Sebab saya tak nak terlepas peluang tengok cerita Keluang Man dan Doraemon. Mak tak pernah bertolak ansur dengan anak-anaknya bila masuk bab belajar. Memang saya kena lupakan Doraemon. Saya bangga ada Mak yang sangat menjaga. Pergi mengaji jalan kaki dan kadang-kadang naik basikal, itu pun sangatlah jarang-jarang, antara rakan yang akan berjalan bersama saya ntuk ke tempat mengaji ialah Udin
    Di tempat mengaji, saya perlu sampai sebelum Maghrib. Solat maghrib, mengaji dan solat Isyak semua di rumah Pak Su. Tiba masa nak balik, dalam kurang lebih 9.30 malam. Yang ada dalam fikiran saya, hanya takut. Walaupun cerita-cerita hantu di televisyen ketika itu tidaklah meriah seperti sekarang, saya amat takutkan hantu. Macam-macam bayangan hantu yang ada dalam fikiran saya. 

    Hantu raya, hantu galah, hantu bungkus, langsuir. Kisah lelaki muka buruk yang perlu hisap darah manusia pun ada. Macam-macam nama ada tapi masa tu nama pontianak, penanggal dan kuntilanak belum popular di kampung saya. Takut bukan kepalang, tambah-tambah lagi bila ada remaja kampung tu sengaja mengusik; mennyorok di sebalik lalang, buat bunyi-bunyi aneh sambil baling batu-batu kecil ke arah kami. Ah, seram!

    Bila dah namanya budak, bila ada seorang dalam kalangan kami, semua akan berlari. Kalu ada yang jerit cakap, "hantu!" Lagilah laju kami lari. Masa tu kain baju kurung terselak sampai peha pun dah tak kisah. Selipar tercabut tengah jalan pun dah tak layan, janji dapat sampai rumah dengan cepat. Punyalah takut hantu.

    Panjang cerita kan? Maaflah sebab banyak membazir masa kalian. Tapi tu cerita sepuluh tahun dahulu. Jom lihat dalam dunia masing-masing untuk masa sekarang. Apa ketakutan yang paling kita takutkan? Saya tak arif tentang semua orang, tapi bagi saya sekarang hantu jatuh tangga. Sekarang kalau jalan keseorangan atau dalam kelompok yang kecik di kawasan yang terpencil, saya akan terbayang perogol bersiri, pembunuh, perompak, penjenayah. Oh, takut yang amat!

    P/s: Ketakutan tu berubah seiring masa.

    25 ulasan:

    1. ya..sekarang neh labih takooot kan..

      macam2 kes ada....hurm..

      BalasPadam
    2. serupalah. skrg takut segala manusia yg ganas tu.. bygkan dlm rumah sorang2 siang hari pun kunci rumah sangat ketat dan rapat! #mcm mengada pulak tapi hakikat !



      BSA dah say hai

      http://shanasituaku.blogspot.com/2011/12/bicara-dengan-dia.html#comment-form

      BalasPadam
    3. samalah xdpt tgk doraemon dgn shin chan.. kdg2 marah dgn tv sebab tayang tak kena waktu walaupun bkn salah tv.. hehe..

      walaupun jarak tempat ngaji dgn umah dekat pun rasa takut juga... hehe..

      BalasPadam
    4. @ILA HonEyBuNNy
      Penjenayag bermaharajalela, kita
      pula yang terpnjara dalam rumah..

      BalasPadam
    5. @shanas ishak
      Kemanusiaan sekarang dah banyak tukar
      kepada kebinatangan, menakutkan..

      BalasPadam
    6. @MR. SYAH
      Melambatkan budak2 nak solat maghrib,
      wuwuwuwuuu~

      BalasPadam
    7. btol2..tp zmn skarang pon still takut..bkn dgn hantu tp manusia y btopengkan hantu..huuu

      BalasPadam
    8. @Juliet_iRa~"
      Lagi2 kalau manusia bertopengkan syaitan..

      BalasPadam
    9. same takut jugak

      skng hnye takut cte hantu je

      BalasPadam
    10. hye comel jom join contest super senang kat http://ehemsz.blogspot.com/2011/12/like-eisya-contest.html
      esok last day dear

      BalasPadam
    11. salam...

      kenangan di masa kanak-kanak memang best...best sangat..

      BalasPadam
    12. orang kata,zmn kanak2 ni bab2 hantu memang sensitif..

      #tak takut hantu,cuma gentar je..hehee

      BalasPadam
    13. betol la tuh . dulu bena pun berlari sakan . time besar ni pikir cam ayu pikir . huuuuu ;)

      BalasPadam
    14. @eRiNsZ
      Lambatnya datang jemput tuan rumah!
      hehe nasib baik free :)

      BalasPadam
    15. @Sekamar Rindu
      Salam kembali,
      a'ah jauh sangat bezanya dengan dunia
      kanak-kanak zaman sekarang..

      BalasPadam
    16. @Woofer Storm
      takut dengan gentar tu kan jauh bezanya, hehe :P

      BalasPadam
    17. @BENA
      dlu mmg boleh jadi sprinter la :D

      BalasPadam
    18. ketakutan sekrg amat melampau dari katakutan dulu2..ish2...

      BalasPadam
    19. Dulu ada gak takut satu benda len - penyabit kepala ntah betul tak; tak tau le. Banyak cerita pasal penyabit ni (bukan sabit rumput tau hahahahah)

      BalasPadam
    20. @EmpayarUtama
      Penyabit kepala tu macam mana ea?
      cer cite skit, hehe~

      BalasPadam
    21. Selamat Tahun baru 2012 yer, A very happy new year.. Lots of sweet memory, let's create new experience in 2012..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728