Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Bukan Ombak Rindu Tapi Tsunami Rindu: Maksud Rindu?

    Yang awak tengok di panggung tu hanya ombak rindu, tapi dalam hati saya sekarang bukan setakat ombak, tapi dah ada tsunami rindu. Memang terkehadapan sedikit daripada Fauziah Ashari dan Osman Ali. Yes!

    Ombak rindu lakonan jejaka idaman Malaya tu bukan fokus utama saya. Bukan. Ini kisah tentang kebengangan kita bila kita cakap kat seseorang bahawasanya kita rindukan dia dengan harapan reaksi yang akan dia berikan itu menggembirakan kita namun malangnya dia hanya pilih untuk menjadi kayu. Rindu. Sebelum ni saya tak pasti, tapi sekarang baru saya benar-benar pasti tentang adanya manusia yang tak faham apa ertinya rindu.

    Ni sayang, dengar elok-elok. Kalau awak tiba-tiba teringatkan seseorang tu, namanya ingatan. Ingat. Kalau atas alasan ingat tu awak call seseorang dan cakap bahawasanya awak sedang teringatkan dia, kemudian dia jawab; Oh, terima kasih! Saya amat menghargainya. Terima kasih dia tu tanda penghargaan sebab awak tak lupakan dia. Itupun dah cukup manis.

    Rindu. Rindu ni satu ingatan yang didukung oleh perasaan ingin sangat bertemu. Bukan sekadar bertenggek di tangga sambil goyang kaki, bukan sekadar suka-suka yang awak boleh gelak-gelak kononnya gembira, tapi perasaan ingin benar ketemu seseorang! Dah kalau nak jumpa tu, tak ada langsung usaha untuk bertemu? Cakap rindu, tapi rindupun awak tak faham. Alahai comelnya. Balik nanti awak buka Kamus Dewan, macam tak ada guna awak beli kamus mahal-mahal kalau tak guna, kan?

    P/s: Saya sayang awak. Jangan buat rindu berombak ni jadi tsunami, boleh?

    28 ulasan:

    1. haha..yup! kadang-kadang orang pandai lafaz, rindu..tapi habuk pun takde..memang sangat tak gunalah..thee.

      nak tengok ombak rindu!

      BalasPadam
    2. @Ila Aqilah
      Kita pun teruja nak tengok!
      Entah bila la berpeluang, huhu~

      BalasPadam
    3. bila saya teringatkan seseorang, saya ajak jumpa...sembang-sembang...kiranya saya rindulah kat orang tu...#okfaham

      BalasPadam
    4. jom serbu panggung ramai2..wah, tsunami rindu bahaya ni..takot de yang terkorban =]

      BalasPadam
    5. wah,,siap tsunami bagai.. haha.. :)

      BalasPadam
    6. amboihhh kak ayu...haha...jgn jdi tsunami rindu sdh la..dh la musim2 bnjir loni..haha

      BalasPadam
    7. Senang nak cakap rindu tapi ramai tak paham apa rindu, mostly lelaki...hheee...

      BalasPadam
    8. @cikgu ainura
      u, ni bukan calang-calang rindu,
      hahhaahaa :D

      BalasPadam
    9. @aisyahusna
      Hehe, tu la, kg habis satu negeri :)

      BalasPadam
    10. banyak dah orang cerita pasal Ombak rindu ni.. saya yang macam tak minat macam teruja plak nak tengok.. ehehehe.. tunggu la ada masa yang seswai kan..

      Salam

      Ada masa singgah dan bagi pandangan tentang template blog saya ya. Terima Kasih

      BalasPadam
    11. @Gen2Merah
      Hehe, tengok kat bilik je :)
      okay, akan terbang ke sana !

      BalasPadam
    12. @Gen2Merah
      Kita malas nak baca, tunggu tengok
      cerita. huhu pemalas betul !

      BalasPadam
    13. siapalah yang nak ajak saya tengok filem ombak rindu ni ye.huhu

      BalasPadam
    14. nak tengok ombak rindu tapi tade panggung wayang kat sini uwaaaaaa :'(

      BalasPadam
    15. Rindu kalau datang adoiii... Highway beratus kilometer sanggup diredahi. Semata-mata untuk melepaskan rindu. Huhu...

      BalasPadam
    16. @ayisy
      Ehem3, bercakap berdasarkan pengalaman? :)

      BalasPadam
    17. Yup. Pengalaman. Rindu dgn family, hujung minggu pun sanggup balik. Rindu dgn member, balik hari Lipis-Shah Alam pun sanggup. hehe..

      BalasPadam
    18. rindu maksudnya mmg nak jumoa sgt2

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728