Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Aku Tak Mahu Buat Sebab Aku Tak Pernah Buat

    Menulis dalam kedinginan, mungkin sebab hujan masih bersisa di luar sana. Saya selalu dengar ayat tu, "aku tak nak buat sebab aku tak pernah buat. Kalau aku buat, entah apa yang akan jadi nanti". Dan saya juga pernah ungkapkannya. Sebab? Mungkin kita pada waktu tu sedang khuatir, takut, ragu-ragu, atau malas. Normallah, bila kita diminta untuk buat sesuatu yang tak pernah kita buat, kita akan teragak-agak untuk menerimanya. Tak ada siapa yang salah, itu memang satu kebiasaan. Kalau silap? Melakukan kesilapan itu normal.

    Tapi adakah itu satu alasan untuk kita menolak sesuatu tugasan yang diberikan walaupun tugasan itu tak sedikitpun memberi impak yang negatif buat diri kita? Kita sedang diberikan kepercayaan. Ya, kadang-kadang tugasan yang pertama kali kamu buat tu mungkin akan memberikan impak yang negatif buat orang lain, tapi tiadakkah kita rasa yang kita harus mencuba yang terbaik? 

    Guru besar masa saya ross dahulu pernah menyindir seorang guru perempuan yang tidak mahu melakukan satu tugasan yang saya kira boleh dilakukan oleh semua orang. Guru tersebut terlalu sibuk nak menafikan dia boleh melakukannya atas alasan dia tidak pernah buat. Ada satu ayat guru besar tu cakap yang buat semua diam, "yang kamu kahwin dengan suami kamu dulu tu, kamu pernah kahwin dah sebelum tu?". The shortest answer is doing. 

    Bila masuk musim praktikum, cikgu besar minta buat mural, kami sanggupkan sahaja. Berpandukan lukisan Cik Azah, kami redah buat-buat yakin. Mujur ada Cik Nynah yang pandai sketch. Kalau nak harapkan kami, lukis gambar perempuan pun dah nampak macam singa. 

    P/s: Saya lakukan sesuatu yang saya tidak penah; saya sedang belajar sesuatu yang baharu. Think positive.

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728