Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Akhirnya Kawan Juga Yang Dicari

    Ni macam biasa-biasa kita dengar. Cinta yang terlampau hangat sampai hangit. Segalanya cinta. Marvelous! Sila tepuk tangan. Hari ni saya nak jadi penipu. Sila maklum. Ini kisah bila saya ada kekasih. KEKASIH, bukan hanya tunang atau suami, TETAPI kekasih. Biasalah, kalau cerita tentang orang lain, orang kata mengumpat/mengata, jadi ceritalah tentang diri sendiri. Cerita ini kepunyaan saya. Ya, tipu lagi. Sambungan dibawah ini pun satu penipuan. Baca hanya jika rela ditipu.

    Berbalik kepada cerita saya ada kekasih. Bukan calang-calang kekasih tapi ni yang jenis penyayang, baik hati, kacak bergaya, kaya ada serba serbi, badan tegap segak, tutur lemah lembut bicara. Oh, ada dia sebagai kekasih ni buat saya tak pandang benda lain! Rasa macam dunia ni kepunyaan saya dan dia. Orang nak cakap apa pun, persetankanlah! Asal saya bahagia.
    Setahun dua hidup di sisi dia memang bahagia, masa tu kawan-kawan dah tak ada makna, segalanya dia. Ya, dia dah jadi segalanya yang saya mahukan. Tapi biasalah, tak ada benda yang kekal lama atas dunia ni kan? Tapi sayangnya saya sedar akan hakikat tu saat semuanya musnah.

    Bila saya ditinggalkan atas alasan-alasan yang saya sendiri tak pasti, memang saya sakit hati. Nangis tak henti-henti, rasa macam selamanya nak menyendiri, dia memang tiada galang ganti. Tapi dia dah pilih untuk mati! Mati dalam kamus hidup saya. Apa lagi yang jadi kepunyaan saya? Saya tak punya apa-apa, lebih-lebih lagi bahagia! Lepas semuanya berakhir duka, apa yang saya ada? Akhirnya pulang ke pangkuan kawan-kawan juga.

    P/s: Kalau awak sedar awal-awal, baguslah. Jangan nanti tunggu nak ucap; bodohnya saya!

    20 ulasan:

    1. “Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan, fitrah insani. Dan dimana terciptanya cinta, disitu rindu bermula...” status sye letak d fb pgi ni hehe ~~ dapat dlm artikel ''cinta'' ~~ ermm mmg teman dan kawan akhrnya kte cari setelah khilangannya...namun jgn lupa tempat mgadu paling terbaik Hanya Dia Yang Esa...cinta hakiki dn kekal selamanya.Insya-Allah...

      BalasPadam
    2. suka sangat entry nie.mmg betul kan? kawan adalah segala galanya. mereka ada ketika susah dan senang.hargailah sahabat sahabat:-)

      BalasPadam
    3. sangat mendalam maksudnya di situ.

      BalasPadam
    4. betul tu seelOk2nye bila brcnte tu kawan jangan la dilupakan , bkn kawan je semuanye kan.. ..

      BalasPadam
    5. @nazirah
      Bencinta jangan sampai tak ingat
      dunia dan akhirat :)

      BalasPadam
    6. kawan sentiasa ada..tak pernah tinggalkan kawan..;)

      BalasPadam
    7. setuju..memang kawan yang baik mengerti apa yang kita alami.

      BalasPadam
    8. @whitecappuccino
      kawan sejati akan mengerti apa yang
      kita alami, setuju :)

      BalasPadam
    9. Kawan biasanya ada bila kita susah juga.... Jgnlah abaikan...rugi kita...

      BalasPadam
    10. kawan ada mcm2 jenis..kwn menangis sama2 susah nak cari..

      BalasPadam
    11. @cikceriacorner
      Bila kita selalu teman orang nangis,
      insyaallah dia akan ada masa kita sedih..

      BalasPadam
    12. Hurm... Kadang2 bila kawan ada kekasih... Bosan la. Dorg mula sibuk, susah nak keluar sama. Bila on9 susah nak chat.

      Masa belum ada kekasih, sentiasa bersama tak kira di luar atau di alam maya.

      adoiii... bosan2!

      BalasPadam
    13. @ayisy
      Lumrah kehidupan,
      huhu masa mereka tiba dengan awal ;)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728