Header Ads

ad728
  • Latest Posts

    Bukan; Tentang Ikhlas

    Bukan hendak ajar supaya orang lain nampak, cuma nak didik supaya hati ikhlas.

    Apa yang pasti, kita tak mampu nak baca hati orang, kita tak mampu nak tilik niat orang, tak mampu. Teruskan? Ya, kalau benar, beruntunglah. Tapi kalau salah? Kita juga yang merana; atau lebih malang lagi kita sudah membuat satu fitnah. 

    Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai keelokan wajahmu, tetapi Allah melihat  keikhlasan hatimu”. [HR. Muslim]


    Tak perlu nak merapu panjang. Saya cuma berfikir tentang apa yang saya lakukan sehari-hari. Juga tentang apa yang orang lain lakukan. Saya cuba untuk melakukan sesuatu dengan ikhlas, tanpa sebarang balasan, cukuplah dengan ganjaran Tuhan. Saya cuba untuk melakukan sesuatu bukan untuk memikat pandangan orang. Tidak, saya hanya berasa bahawa melakukan sesuatu dengan alasan ingin dipandang, dipuji, disanjung itu adalah sesuatu yang keji.

    Saya yakin, jika lurus niat kita, jika ikhlas hati kita, Tuhan akan menganugerahkan sesuatu yang luar biasa, yang membuatkan kita senang akannya, bukan pandangan orang yang menjadi sandaran, asalkan kita tahu batasan, itu sudah lebih daripada cukup.

    P/s: Buat sesuatu jangan kerana nak menunjuk-nunjuk. Tidak elok. Tidak cantik.


    5 ulasan:

    1. susah utk kita menilai sebuah keikhlasan walau keikhlasan itu dtg dr diri sendiri

      BalasPadam
    2. susah nak capai tahap itu kan
      tapi taklah sukar untuk melaksanakan dgn jiwa yg sepenuhnya diberikan kepada-Nya =]

      BalasPadam
    3. Terima kasih... Alhamdulillah.... Sedap jer bace entry ne..

      BalasPadam
    4. Yang penting, biarlah kita sendiri yang memulakan keihkhlasan dalam kehidupan :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728